• ~Selamat Datang~

    Assalamualaikum,blog ini moga2 dpt diambil pengajaran daripadanya dan amalkan dalam kehidupan seharian..semoga berbahgia di dunia dan di akhirat...Dan moga ukhuwwah di antara semua berpanjangan dan kekal hingga di akhirat nanti...Ameen Ya Rabbal Alamin...

Keluarga Kohatsa

Posted by Kohatsa: On 2:33 AM 0 comments


Dari kiri, Hj Azman (anak ke 10), Md Hairudin(9), Hj Mustapha(5), Hj Abd Razak(4), Hj Rosli(6), Hj Kamardin(7), Hj Ghazali(8), Hishamudin (11). di barisan depan, dari kiri, Hjh Nor Hairiah (13), Hjh Noraini (3), Allahyarham hj Nordin (1), Hjh Nortipah (2) dan Hjh Norlida (10)

Kesemuanya anak kepada Allahyarham Hj Md Top hj Daik bersama Allahyarahamah Hjh Esah bt. Long. Kampung asal, Sungai Mati Muar dan berhijrah ke Tangkak Johor sebagai kediaman tetap.

Semoga Allah mengurniakan RahmatNya kepada keluarga kami dengan memberi tautan kasih sayang dan ukhwah yang kuat dan mantap di dunia dan di akhirat... Amin Ya Rabbal Alamin...

“Dan yang mempersatukan hati mereka. Walaupun kamu membelanjakan semua kekayaan yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana..”

~ Al Anfal ayat 63~



KOHATSA adalah usahasama kesatuan (koperasi) ahli-ahli keluarga Allahyarham Hj Md Top Hj Daik dan Allahyarhamah Hjh Esah Bt Long bertujuan untuk mengeratkan silatulRahim sesama keluarga dalam segala hal yang memerlukan kerjasama dan persaudaraan.

Allahyarham Hj Md Top Hj Daik dan Allahyarhamah Hjh Esah Bt Long telah dikurniakan anak seramai 13 orang dan KOHATSA adalah untuk menyepadukan semua ahli keluarga ini dengan seizin Allah.

Semoga usaha ukhwah dan silatulrahim ini akan menjadi amal untuk keluarga ini dan amal-amal ini akan dipanjangkan kepada Allahyarham Hj Md Top Hj Daik dan Allahyarhamah Hjh Esah Bt Long di alam barzakh dengan kurniaan rahmat Allah dengan melapangkan kubur dan mendapat nikmat dan keselamatan... InsyaAllah..


*****************************************************

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI TAHUN 2006/HIJRAH 1427

KEPADA SEMUA AHLI KELUARGA, SAMA-SAMA KITA BERDOA SEMOGA ALLAH MENERIMA AMAL KITA DAN MEMASUKKAN KITA DIKALANGAN ORANG-ORANG YANG KEMBALI KEPADA FITRAH YANG SUCI DAN MENANG SERTA SEMOGA SETIAP TAHUN KITA BERADA DI DALAM KEBAIKKAN...

****************************************************
BULETIN KOHATSA KE 10: SYAWAL 1427

KATA-KATA ALUAN MAK UDA

Alhamdulillah, setinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT yang telah memberikan taufiq dan hidayahNya hingga Buletin Kohatsa terus menerus dapat kita nikmati. Inilah kebesaran, kemuliaan dan Rahmat Allah SWT kepada kita semua. Allah SWT yang menggerakkan Norlida gigih menulis, Allah SWT sahaja yang memberi ilham kepada sesiapa sahaja untuk memberi buah fikiran, Allah jualah yang mengizinkan saya menulis kata-kata aluan sempena Eidulfitri 1427. Eidulfitri kali ini Allah izin kita adik beradik menjadi yatim piatu. Walaupun tanpa Emak dan Abah , hubungan silaturahim bukan sahaja perlu dikekalkan malah perlu disuburkan melalui pelbagai aktiviti & perjumpaan.
Selawat dan salam semoga sentiasa dilmpahkan ke atas baginda Nabi Muhammad SAW yang telah membawa umatnya daripada kegelapan alam jahiliah kepada cahaya keindahan Islam, Iman dan Taqwa dipenuhi dengan maghfirah di redhai Allah SWT.
Walaupun cita–cita saya menjadi seorang penulis, tapi kelalaian saya menyebabkan kemahiran ini semakin hari semakin terhakis.Buku hasil nukilan saya bertajuk “Yang Bernama Wanita” sedang menunggu masa untuk menyudahkannya. InsyaAllah, 6 bulan dari sekarang buku tersebut akan siap. Apa yang saya ingin kongsi di sini ialah sebagai hamba Allah dan insan yang lemah, setiap saat kita perlu peka untuk mendapat petunjuk Allah dengan mentaati perintahNya berteraskan panduan Al-Quran dan Sunnah Nabinya serta amalan orang-orang soleh yang mendapat Rahmatnya. Selain kaedah itu, kita tidak dapat bertahan lama kerana manusia tak mungkin berjaya hanya bergantung dan bersandarkan kepada kekuatan dan kemampuan sendiri.
Inilah hikmah Allah turunkan peraturan ( syariat ) untuk kita menuju ke jalan Nya dan bertahan hingga ke akhir hayat kita. Setelah melalui Ramadhan Al-Mubarak, kini kita berada dalam kehangatan Syawal, saat menerima kegembiraan setelah melalui latihan keimanan dan ketaqwaan. Oleh itu tidak mungkin orang yang berpuasa dengan penuh keimanan dan pengharapan mudah meninggalkan atau tidak merindui amalan bulan Ramadhan dalam bulan-bulan selepasnya. Semoga kita yang berazam untuk menjadi insan Rabbani sepanjang Ramadhan dan selepasnya, mudah-mudahan akan terus tertingkat keimanan dan ketaqwaannya selepas ini dengan pelbagai bentuk amal soleh untuk dipersembahkan kepada pencipta kita, InsyaAllah. Oleh itu rapatkan diri dan sebatikan diri dengan membaca al-Qur’an siang dan malam. Pesanan Imam Nawawi “Membaca al-Qur’an adalah lebih utama berbanding bertasbih dan berzikir. Khasiat orang yang membaca al-Qur’an ialah kedua ibu bapanya dipakaikan mahkota bercahaya oleh Allah pada hari kiamat.”
Terlanjur saya mengungkap kata-kata aluan, saya juga ingin berkongsi perasaan bahawa saya amat sedih di atas pemergian Bonda tanpa saya berada di sisi di saat akhir. Sewaktu Allahyarhamah Emak sihat dia banyak bersama saya, menceritakan kisah–kisahnya pada saya. Sampaikan saya pernah menegur Emak supaya jangan banyak bercerita kerana bimbang pengorbanannya hapus begitu sahaja. Tepat sekali bila Emak mula uzur, dia tidak banyak bercakap, selalu mengikut doa yang saya baca dan redha dengan keadaan. Saya amat yakin Allahyarhamah Emak pergi dengan penuh keredhaan Allah SWT kerana Emak terlalu banyak menghadapi dugaan. Setiap saat saya mendoakan roh Emak berada di kalangan orang–orang yang redha. Juga saya ingin berkongsi dengan adik–beradik bahawa sewaktu saya bersedih dengan Allahyarham Abah, saya berjanji bahawa separuh amal-amal soleh saya akan saya hadiahkan kepada Allahyarham Abah. Sewaktu di Tanah Suci Mekah, di kala mendapat berita yang amat sedih emak pergi buat selama – lamanya, saya juga berjanji separuh lagi amal–amal soleh saya akan disedekahkan kepada Allahyarhamah Emak. Kini tugas saya ialah beramal dan membuat amal kerana saya perlu penuhi janji saya kepada Arwah Abah dan Emak yang telah meninggalkan saya yatim piatu.
Melalui kata-kata aluan ini saya menyeru agar semua ahli-ahli Kohatsa membuat azam menjelang hari-hari mendatang untuk mencapai 3K dan membuang 4K.
3K ialah: –
Kekuatan Roh agar jasad berguna kepada orang lain
Kemulian jati diri dengan iman dan taqwa
Kekayaan ilmu dan akhlak yang akan pasti menjurus kepada kekayaan dunia
4K ialah: -
Kelalaian akibat hasutan syaitan
Keseronokan tanpa batasan - kesan mengikut nafsu
Kesesatan kerana jahil dan kurang ilmu
Keduniaan mengejar kebendaan yang tiada nilai disisi Allah
Mudah – mudahan kita semua ahli Kohatsa dapat berpegang denganprinsip diatas sepanjang hayat kita InsyaAllah.
Salam Eidul Fitri – Maaf di atas segala kelemahan saya dan keluarga. Wassalam
Ditulis di Masjid Ubuddiyah
Sek 19 Shah Alam
23 Ramadhan 1427/ 16 Okt 2006
Oleh : Mak Uda Hjh Nor’ini


Adab Memulakan Doa
Memulakan doa dengan menyebut Allah SWT dan berselawat ke atas Nabi SAW merupakan salah satu adab berdoa. Bahkan doa akan tergantung-gantung tanpa selawat.
Ulama telah sepakat mengatakan bahawa sunat memulakan doa dengan menyebut dan memuji Allah SWT, kemudian diikuti dengan berselawat ke atas Nabi SAW. Begitu juga apabila menutup atau menamatkan doa tersebut.
Adapun menyebut dan memuji-muji Allah terutama dengan nama-nama Al-Asma’ Al-Husna dan memberi selawat dan salam kepada Nabi, dijelaskan dalam firman Allah Ta‘ala yang tafsirnya:
“Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepadaNya dengan menyebut nama-nama itu.” (Surah al-A‘raaf: ayat 180)
Telah diriwayatkan oleh seorang sahabat yang bernama Fadhalah bin ‘Abid Radhiallahu ‘anhu bahawa dia mendengar daripada Rasulullah SAW yang maksudnya :
“Rasulullah SAW pernah mendengar seorang lelaki berdoa di dalam sembahyangnya, dia tidak mengagungkan Allah Subhanahu wa Ta‘ala, dan tidak membaca selawat ke atas Nabi, maka Rasulullah bersabda: "Tergesa-gesa orang ini!” Kemudian Baginda memanggilnya, lalu bersabda kepadanya atau pada orang lainnya: “Apabila seseorang berdoa, maka mulailah dengan mengagungkan Tuhannya dan memujiNya, setelah itu mengucapkan selawat ke atas Nabi, kemudian dia (boleh) berdoa sesudah itu mengikut kehendaknya.” (Hadis riwayat Abu Daud)
Malah Sayyidina ‘Umar bin al-Khattab R.a berkata bahawa setiap doa yang tidak dimulai dengan berselawat ke atas Nabi SAW adalah doa yang terhalang. Sayyidina ‘Umar berkata yang ertinya :
“Sesungguhnya doa itu akan berhenti (tergantung) di antara langit dan bumi tidak boleh naik ke atas, sehingga dia mengucapkan selawat atas Nabi kita SAW.”

Sebaik-baik doa adalah al Fatehah. Sebab itu anak-anak yang soleh selalau sedekahkan fatehah kepada roh ibu bapanya. Bayangkan berapa banyak kita ulang-ulangkan bacaan Al-Fatihah sebagai rukun solat. Jumlahnya mencapai 1,000 kali atau lebih lagi. Tentu ada hikmah dan rahsia yang patut diselami di sebalik penggandaan bacaan al-Fatihah. Kuantiti bacaan al-Fatihah yang banyak tidak akan mendatangkan sebarang kesan atau membawa sebarang faedah sekiranya kualiti diri orang yang mendirikan solat tidak meningkat.

Bacaan al-Fatihah merupakan konsep-konsep tauhid yang dipasak ke dalam hati berkali-kali agar ianya benar-benar menjadi iktikad yang kukuh yang tidak mudah runtuh dipukul oleh gelombang kufur dan syirik. Dijelaskan kepada kita dengan sejelas-jelasnya hakikat pengabdian kita kepada Allah Yang Maha Esa. Allah Ta’ala berfirman yang bermaksud :
“Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat” (al-Fatihah : 1-4)

Lafaz Basmalah (menyebut nama Allah) dan Hamdalah (memuji Allah) yang terkandung dalam surah al-Fatihah mengajar kita supaya memastikan setiap tindakan, pemikiran dan perasaan mestilah berasaskan niat yang ikhlas kerana Allah dan tunduk kepada syariat Allah. Jika dahulu kita berpuasa dengan niat ikhlas kerana Allah dan mengikut syariat-Nya, maka pada hari ini pula kita menyambut hari raya dengan niat suci kerana Allah dan mengikut syariat-Nya. Sebaliknya jika kita menyambut hari raya dengan cara yang mencanggahi syariat Allah dan dipenuhi dengan acara-acara yang berunsur maksiat dan program-program yang melalaikan, maka dengan sendirinya kita telah melanggar ikrar yang kita ucapkan dalam bacaan al-Fatihah.

Bacaan al-Fatihah sebenarnya mendidik umat Islam dengan tarbiyyah jama’iyyah (تربية جماعية) atau pendidikan yang bersifat kolektif. Allah Ta’ala berfirman :

Maksudnya :
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. (al-Fatihah : 5-6)

Penggunaan perkataan kami dalam ayat tersebut menekankan konsep berjemaah dan bersatupadu dalam melaksanakan syariat Allah dan memohon pertolongan serta petunjuk daripada Allah. Jika musuh-musuh Islam pun boleh berpakat sesama mereka untuk meruntuhkan ajaran Islam dan merosakkan umatnya, maka tidak dapat tidak umat Islam perlu bersatu dalam saf yang satu untuk menegakkan agama Allah. Memisahkan diri daripada jemaah yang berusaha menegakkan syariat Allah adalah bercanggah dengan semangat al-Fatihah itu sendiri. Sikap memencilkan diri daripada perjuangan Islam merugikan seseorang muslim kerana dirinya akan leka dan lalai, mudah terjebak dalam maksiat, mudah tergelincir, dan terdedah kepada fitnah. Sikap memencilkan diri juga merugikan Islam kerana tanpa dukungan dan pengorbanan daripada umat Islam, mana mungkin tertegaknya syariat Islam. Tanpa dukungan dan pengorbanan umat Islam, risalah Islam tidak akan sampai kepada manusia sekaliannya.

Bacaan al-Fatihah mendidik kita agar memohon hidayah secara berterusan daripada Allah. Hidayah lebih berharga daripada setimbun emas dan perak, malah lebih diperlukan daripada sedulang makanan dan minuman. Tanpa hidayah kehidupan akan hilang arah. Oleh yang demikian, kita perlu berusaha sekuat tenaga dan berdoa dengan setulus hati agar kita sentiasa berada dalam barisan perjuangan yang benar dan berada pada jalan yang lurus. Allah Ta’ala berfirman bermaksud:
“Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat”. (al-Fatihah : 6-7)

Jalan yang lurus dan jambatan yang teguh untuk sampai kepada keredaan Allah hanyalah Islam. Islam yang diiktiraf oleh Allah adalah Islam yang sempurna dan tulen, bukan sekadar tempelan atau perhiasan, retorik atau slogan semata-mata. Islam yang diiktiraf oleh Allah hanyalah Islam yang dibawa oleh Rasulullah sa.w. yang menjadi perlembagaan hidup sepanjang zaman dan dalam semua urusan. Inilah jalan perjuangan yang pernah ditempuh oleh para nabi, golongan yang bersifat benar, orang-orang yang mati syahid dan orang-orang yang salih. Merekalah yang sepatutnya menjadi ikutan dan teladan umat Islam, Merekalah yang selayaknya menjadi mentor kepada generasi muda Islam.


Bacaan al-Fatihah seterusnya mendidik kita agar mengenalpasti dan seterusnya menghindari punca-punca kesesatan dan kemurkaan Allah. Apa sahaja fahaman atau ideologi yang menolak ketuhanan Allah dari segi rububiyyah dan uluhiyyahnya serta menyeleweng daripada al-Quran dan al-Sunnah adalah sesat lagi menyesatkan. Umat Islam dewasa ini bukan sahaja berhadapan ajaran-ajaran yang diwartakan sebagai sesat seperti ajaran Ayah Pin di Terengganu dan Kahar Ahmad di Selangor, tetapi mereka juga berhadapan dengan fahaman sekular, liberal dan rasional yang ternyata menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar namun tidak pernah diwartakan sebagai sesat. Golongan ini kelihatannya masih diberi ruang yang selesa untuk menjaja kesesatan mereka kepada khalayak umum dengan cara mengeliru dan memutarbelitkan ajaran Islam, serta mempertikai dan memperlecehkan hukum-hukum Allah. Nauzubillah.



Diary Arwah Abah Hj Md.Top Bin Hj Daik Tahun 1986
==================================================================
Ahad, 6 Julai / 29 Syawal 1406

Pagi sembahyang Subuh di rumah Aini.
Hj Ghazali datang ke rumah Aini anak beranak jumpa Norlida

Makan tengah hari di rumah Aini

11.30 pagi kita balik ke Tangkak
4.30 petang singgah di rumah Wan Azmi di Jalan maju, 4690, Jalan Kemunting.
Hamid & Cina sewa permit Lori datang.
Malam Din tako ( DIN ATAN)_ dengan iparnya datang hal AJA pinjam wang $450/= janji jual TB

Rabu, 9 Julai / 2 Zulkaedah 1406

Pagi Subuh di rumah sahaja
Hantar Caca sekolah
Beli ikan bawong $3.50
Beli barang UTEH MENDEK $30/=
Hantar barang Uteh Sg mati
Melihat Kak Ngah Suiteh.
Malam kita ke KL dengan Nasir ambil gas
Sampai di Miru, 1.00 malam. Di Stor Hisham , tidur di Miru
Minyak WX 910 $30/=
Minuman di Alor Gajah $4.00
Tol sampai Miru 2.00
Beli lampu suluh $3.85


Rabu, 16 Julai / 9 Zulkaedah 1406

6.00 pagi bangun dan sembahyang Subuh di rumah sendirian
7.20 hantar Shasha ke sekolah.
Telefon dari Petronas wang TONG GAS
12.30 Jemput Shasha balik dari sekolah

Zohor di rumah sahaja
3.00 petang ke Seri Jaya hantar BUSU ENDUT balik ke rumahnya.
Minyak WAN 8964$15/= ESAH $12/=
Pergi ke rumah Hj Rahim Hj Leat dan ke rumah MOKHTAR akan pergi menunaikan haji 21.7.86. dia tiada.
Jumpa Jamal tempah lembu Kurban Bulan haji oleh kawan-kawan Kamaruzaman

DF 5555 Akan dijual oleh anak-anak di KL
PERMULAAN HARI PERKAHWINAN ANAK AGONG ACARA ADAT HINDU

Ahad , 20 Julai /13 Zulkaedah 1406

6.10 pagi bangun dan sembahyang Subuh sendirian di rumah sahaja.
7.120 hantar Shasha ke sekolah.
Belanja pasar; ikan $1.80
Ketam $1.20
Meroku $1.40

ANDAK CEK DAH masok wad Hospital Tangkak sakit semput dan Tak Tidor.
Telepon Aini, baik.
Beritahu Kamaruzaman hal lembu 4 ekor harganya $750/- lebeh kurang.

1.30 hantar Hisham ke Segamat masok ITM cawangan Johor.
Asrama : Blok B, No 11, katil 4.
Balik sampai 5.15 petang
Bayaran $260
Beli baju batik $20/=
Perbelanjaan $40
Minyak WAN 8964 $20
Guna wang Gas

Selasa, 5 Ogos/ 29 Zulkaedah 1406
Pagi bangun Sembahyang subuh. Hisham balik Segamat.
Pada jam 6.00 Hisham dan rakannya kemalangan motosikal di Jalan Segamat dekat Tanah Merah Estate. (Telefon dari Estate) kaki Hisham patah. Hantar Hospital Melaka.

1.00 ke Melaka tengok Hisham di Hospital sama2 orang rumah Cekgu mahzan.
Hisham patah peha & tangan.
Rashid terkilir bahunya
Minyak $15/=
Malam belajar ugama di surau kg Solok.

Jumaat, 8 Ogos / 2 Zulhijjah 1406

Pagi bangun Sembahyang Subuh
8.00 pagi ke Melaka sama Nasir, ke mahkamah urusan surat saman BBMB JASIN. Minyak WAN 8964 $20/=
Jemputan kahwin di rumah Hjh SAEDAH BTE SAIMAN. JLN MUAR, TANGKAK, JOHOR.
10.30 balik dan terus ke Serom ke rumah Hj Jaafar, ambil wang lori bayar $1,000/=

Anak beli kereta Mercedis 280
Hantar TT ke Petronas, wang tong 31 biji $1,240/= Urusan $9.50
4.00 petang ke hospital Melaka
Aini, Safar & Norlida datang ke hospital Melaka tengok Hisham, terus balik ke Tangkak. Minyak $15/= Fatimah Din $5/= Pairuz & Shikin $2/=

KAMARUZAMAN BALIK DARI JB
Mulai 10 Ogos -13 Ogos waktu pagi arwah abah tulis hampir sama
“Alhamdulillah, Tuhan hidupkan lagi...mudah-mudahan selamat dalam amal kebajukan. Shukor ke hadrat Allah menghidupkan lagi, mudah-mudahan hidup dalam kebajikan”

Khamis, 14 Ogos / 8 Zulhijjah 1406

3.50 pagi Rihana sakit nak bersalin. Hantar ke hospital Tangkak
5.15 pagi bersalin anak Lelaki
4.30 saya berdua 2 Karim & isteri ada bersama
7.50 telepon Tapha dan Rosli beritahu.

Beli minyak $20, Pen $3.50, Daging 3 kg $27, Talipon $156.50
Lain-lain $13 = ($210.00)

11.40 Md khair Telepon, Uji masok hospital sakit IPENDIT. Tak balik.

INGATAN; BULAN DZULHIJJJAH 1406
Dengan kehendak-Nya dan kuasa Allah Telah kita rasai suka dan duka.
Suka dapat cucu
Duka menantu dan anak sakit dan patah
Anak-anak hari Raya haji ramai tak balik
Jumaat, 15 Ogos/ 9 Zulhijjah 1406

6.00 pagi bangun dengan selamat dan sembahyang Subuh sendiri.
9.00 sembahyang Hari Raya Aidil Adha.
10.00 pagi pergi ke Batu Pahat, melihat Uji sakit di hospital Batu Pahat.
Ke rumah Md.Khairudin, minyak $20/=
Jam 2.00 ptg ke rumah Ahmad Nisfu, ziarah hari Raya Adha.
5.00 balik sampai ke Tangkak, bawa Fahidah balik ke Tangkak.
Kamaruzaman balik ke Tangkak bawa daging Korban
HARI INI TAK MELAWAT HISYAM
(HARI RAYA)

Sabtu, 16 Ogos/ 10 Zulhijjah 1406

6.00 pagi, bangun dengan izin Allah selamat. Syukor, mudahan hidup dalam bahgia dan kebajikan.
9.50 Kamaruzaman balik ke Muar, cermin keretanya pecah kena batu bawa lori
hantar ganti kena $140/=
Hisham operation 21 .8.86
Minyak $10/=
Balik singgah rumah Md.Top Umbai – ambil Zubir
Aja dengan Chop datang.

Rosli telepon minta Nasir balik ke KL hari Selasa.
Hj Ahmad Bin Long datang minta tuliskan kad jemputannya kahwinkan anaknya Sharifudin.

Ulasan

ATOK ABAH SUKA ZIARAH-MENZIARAHI ERATKAN PERSAUDARAAN

Selalunya kalau Pak Cik nak hantar Mak Cik ke KL, atok abah dan atok mak akan ikut sekali. Masa Mak cik belajar di UM, Mak Cik tinggal di rumah Mak Uda di Bukit Persekutuan, bawa Mubarak sekali (menyusu badan). Ibu bapa dan adik beradik Pak Cik Man datang ke rumah Mak Uda nak tengok sendiri bagaimana keadaan Mak Cik boleh duduk dengan keluarga Mak Uda membesarkan cucunya Mubarak. Alhamdulillah, banyak Allah permudahkan urusan Mak Cik berkat keikhlasan Mak Uda membantu dari pelbagai aspek.Tiada daya dan kekuatan Mak Cik, Allah izin melalui bantuan Mak Uda sekeluarga, segala urusan Mak Cik belajar di UM dipermudahkan. Moga Allah berkati dan melipat gandakan ganjaran kebajikan kepada Mak Uda dan Pak Uda sekeluarga. Ameen. Harap Mubarak sentiasa kenang jasa Mak Uda dan Pak Uda dan doakan yang terbaik untuk mereka berdua. InsyaAllah

Atok abah tak pernah melepaskan peluang berziarah semasa balik ke Tangkak. Atok Abah singgah ke rumah Pak Cik Wan Azmi ( abang ipar Mak Usu) di Jasin walaupun masih muda umurnya. Kalau tak silap, memang dah beberapa kali Pak Cik Azmi datang Tangkak ziarahi Atok Abah. Masa ni Mak Usu dan Pak Usu masih belajar di Tasmania Australia.
SETIAP mukmin itu adalah bersaudara. Kekukuhan tali persaudaraan itu perlu dijaga dan salah satu cara yang boleh dilakukan bagi memperkukuhkan tali persaudaraan itu ialah dengan amalan ziarah-menziarahi dan kunjung-mengunjungi antara satu sama lain sebagaimana yang dilakukan khususnya semasa menyambut Hari Raya Aidilfitri. Melalui ziarah-menziarahi dan saling bermaaf-maafan akan melahirkan sifat hormat-menghormati dan sayang-menyayangi sesama kita.

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Hujuraat ayat 10 tafsirnya:
"Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu yang bertelingkah itu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat."

Sabda Rasulullah Saw yang diriwayatkan oleh Al-Imam Al-Bukhari yang bermaksud:
"Dari Abi Hurairah Radiallahuanhu dari Nabi SAW, Baginda bersabda: “Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat maka hendaklah ia menghormati tetamunya dan barangsiapa yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat maka hendaklah ia menyambung silaturahim."

Atok abah memang tidak jemu-jemu berziarah. Balik dari ziarah Mak G di hospital BP atok abah ziarah anak saudaranya Ahmad Nasfu. Balik dari hospital Melaka (ziarah Pak Hisham patah kaki) atok abah singgah rumah besannya di Umbai. On the way ada tugas tentang gas PETRONAS, atok abah mesti singgah mana-mana ziarah seperti rumah atok Ngah Suteh tengah sakit dsb. Atoka bah bijak manfaat dan urus masa. Beginilah sifat insan yang suka mengeratkan hubungan silaturahim.

Islam adalah agama yang serba lengkap dan sempurna yang menganjurkan umatnya supaya bersifat hormat-menghormati, berbudi bahasa dan memberikan layanan kepada tetamu dengan baik, kerana meraikan tetamu itu boleh membawa rahmat dan Allah SWT akan memberikan ganjaran yang besar dan banyak untuk mereka.

Menghormati tetamu adalah suatu kewajipan ke atas setiap Muslim, oleh itu kita hendaklah melayan mereka mengikut sepatutnya selagi tidak bercanggah dengan ajaran Islam, di antaranya menyambut kedatangan tetamu dengan perasaan gembira serta wajah yang manis berseri sambil bertanya khabar berita dan menyajikan hidangan yang termampu oleh kita, bukan dengan membazir dan berbangga-bangga dan apabila tetamu hendak pulang, eloklah mereka dihantar hingga ke pintu rumah serta mengiringinya dengan doa. Begitulah di antara adab-adab yang sepatutnya dilakukan mengikut yang digariskan oleh agama Islam.

Jika menyambut tetamu ada dengan adab-adabnya, maka sebagai pengunjung pula, ada juga adab-adabnya, antaranya memberi salam terlebih dahulu dan bersalaman dengan orang yang dibolehkan oleh syarak sahaja, kerana adalah haram bersalaman dengan yang bukan muhrim. Waktu berziarah pula biarlah sesuai dan jangan duduk terlalu lama, pandangan juga hendaklah dikawal dan dijaga serta menggembirakan tuan rumah dengan kata-kata yang manis dan baik.

Demi menjaga keharmonian dan kerukunan hidup ini berterusan, maka kita hendaklah menjaga ada-adab yang telah diajarkan oleh agama Islam, kerana tanpa adanya adab-adab seumpama ini boleh menyebabkan masyarakat hidup dalam keadaan kucar-kacir, kacau-bilau dan tidak bersistem, yang akhirnya mengundang kepada perpecahan dan permusuhan.

Oleh itu bagi menjaga dan memelihara supaya adab-adab itu terpelihara dan diikuti, memerlukan kerjasama semua pihak khususnya para ibu bapa mengajarkan kepada anak-anak mereka adab-adab tersebut supaya mereka tidak melakukan perkara yang tidak baik seperti merosakkan harta benda tuan rumah, mencabut tanaman-tanaman, merosakkan pintu rumah, membuang sampah di merata tempat dan bermacam-macam lagi kerenah yang mereka lakukan, sehingga menyusahkan tuan rumah.

Jelas di sini khususnya dalam suasana Hari Raya, kedua-dua pihak iaitu pengunjung dan orang yang dikunjungi hendaklah saling faham-memahami dan mengamalkan ajaran dan adab-adab tersebut. Sesungguhnya konsep ziarah-menziarahi itu adalah merupakan salah satu cara mengeratkan tali persaudaraan yang boleh mengukuhkan kesatuan umat Islam. Keadaan ini tidak mustahil boleh mempesonakan pengikut agama lain dan menjadi ikutan mereka.

Di samping kesibukan dan keseronokan berziarah dan merayakan Hari Raya yang berbahagia ini, kita juga perlu ingat jangan sampai lalai sehingga kita meninggalkan kewajipan kita sebagai umat Islam dan melakukan perkara yang boleh mencemarkan kemuliaan Hari Raya ini seperti meninggalkan sembahyang fardu lima waktu, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, mengumpat, memakai pakaian yang mendedahkan aurat, menghidangkan hidangan yang haram dan bermacam-macam lagi kemungkaran.


Nak ziarah tak payah nak tunggu yang muda ziarah yang tua. Siapa ikhlas dan ada kelapangan ziarahilah dahulu. Tapi kalau ikut adab dan adat, mesti yang muda ziarahi yang tua. Hari Raya nanti, latihlah anak-anak ziarahi sanak saudara khususnya bapa-bapa dan ibu-ibu saudara. Kalau anak-anak tak suka nak ziarah bermakna adalah yang tak kena pada mereka, perlu dirawati segera sebelum jadi manusia yang anti sosial, mementingkan diri dan keluarga sendiri. Sekarang tak nampak kesan buruknya, tunggulah 5-10 tahun lagi baru menyesal tak latih anak-anak ziarahi ahli keluarga lain...

Besanpun atok abah rajin ziarahi. Ulang alik ambil Zubir di Umbai Melaka, jumpa besan. Harap Zubir, jangan lupa betapa besarnya kasih sayang atok abah curahkan hingga akhir hayatnya. Lepas tu tugas atok abah disambung oleh Pak Cik Kamaruzaman. Pak Cik didik solat berjemaah setiap waktu, ajar baca Qur’an sampai Khatam, buat usrah keluarga ajar cara bagaimana nak beradab dengan orang tua , hantar sekolah agama berasrama terbilang di Johor (SRKA Johor Jaya). Mereka yang sentiasa mengenang jasa orang sentiasa diberkati kehidupannya dan dipermudahkan oleh Allah SWT. Keikhlasan hanya perlukan kejujuran, niat kerana Allah, dengar dan patuh pada nasihat orang tua….jangan tunggu ada duit baru nak balas jasa, sampai bilapun tak akan murah rezeki. Perbanyakkan istighfar dan bina hati budi barulah kehidupan dipermudahkan.

Yang penting ikhlas mendoakan orang yang dah berjasa pada kita, khususnya pada atok abah dan atok mak, Mak Uda dan Pak Uda, Pak Cik Man, Pak Alang, Mak Ngah, Mak Usu, Pak Ai dan ramai lagi yang berjasa kerana sayangkanmu. Kalau ikhlas berdoa dan berazam untuk menjaga adab tanda terima kasih pada mereka semua barulah rezeki setiap hari bertambah muai dan berkat. InsyaAllah.

Kalau hidup asyik tak tenang dan serba tak kena. Bersihkan hati dari sebarang buruk sangka pada Allah SWT. Buruk sangka ini adalah akar/ ibu segala kejahatan. Muhasabahlah diri dan perbaiki segera sebelum ianya diwarisi oleh anak cucu awak. Ingat cara atok abah dan Pak Cik Man didik awak. Sebarkan salam dan eratkan silaturahim, buka memencilkan diri. Insya Allah barulah syurga dunia dalam genggamanmu. Nak tahu apa syurga dunia? Syurga dunia adalah HATI YANG TENANG.

Berbakti kepada kakak-kakak dan ipar duainya.

Sebagai adik, atok Abah tidak pernah lupa untuk berbakti kepada kakak-kakaknya seperti Mak Uteh Mendek ( meninggal di Mekah) dan Mak Ndak Che Dah. Tiap-tiap bulan mesti atok abah beli barang-barang dapur untuk kakaknya atok Uteh dan hantar ke Sungai Mati.(Wal hal masa itu, Atok Teh lelaki masih ada dan anak lelaki atok Teh pun berjiran dengan ibunya. Allah izin, Atok Abah lebih memahami keadaan kakaknya) Niat atok abah nak gembirakan kakaknya ketika kesedihan. Bertuah dan besarnya hati Atok Teh dapat seorang adik lelaki yang benar-benar bertanggungjawab dan mengambil berat untuk berbakti dan menjaga kebajikannya sekadar yang atok abah mampu.
Atok Andak , kakak Atok abah yang paling sayang atok abah masuk Wad. Tahu tak macam mana mula ceritanya? Bila atok abah dengar kakaknya semput sesak nafas, atok abah kelek atok andak masuk ke keretanya dan hantar sendiri ke hospital. Ya Allah betapa sayangnya atok abah pada kakaknya, seolah-olah berbakti kepada ibunya sendiri.
Dua hari sebelum atok andak masuk hospital, atok abah ada hantar atok andak dapatkan injection di klinik. Atok abah bayar duit ubatnya. Setelah atok abah meninggal, Atok Andak selalu bercerita tentang Atok Abah sampai tergenang air mata merindui atok abah. Atok abah adalah adik yang paling besar jasanya pada atok andak dan ahli keluarganya. Atok Tam Hj Md.Tap juga sering diziarahi oleh atok abah.

Atok abah juga suka berbakti kepada kakak-kakak iparnya seperti Mak Ngah Suteh, Mak We (Bkt Kangar), Mak Ndah Arah Sawah Ring(Meninggal di Mekah) dan abang iparnya Pak Uda Jantan dan Pak Cik Mad. Selagi mereka hidup, atok abah sentiasa mengambil peluang membawa atok mak dan anak-anak ziarahi mereka , khususnya di hari raya. Amat besarlah ruginya anak-anak dan cucu-cucu yang tidak mahu mengikut jejak langkah arwah atok abah.Atok abah sangat jujur dalam hal menziarahi saudara mara, tak pernah bagi alasan sibuk dan sebagainya. Sibuk bagaimna sekalipun msti luangkan masa menziarahi saudara mara.

Dapat bezakan antara Adat dan Ibadat

Semasa menyaksikan adat perkahwinan anak YDPA melalui siaran langsung, atok abah dah jelas dan faham serta dapat bezakan perkahwinan yang menjadi ibadat dan perkahwinan mengikut adat. Sebab itu semasa perkahwinan Mak Cik dan Mak Usu hanya ikut syariat dan tidak ikut adat Hindu. Orang kampung atau saudara mara sindir, mengata macam mana sekalipun, atok abah tak ambil kisah. Cuma atok mak aje yang segan sikit-sikit ‘takut apa orang kata’.Tapi atok abah jelaskan baru atok mak faham, mesti ikut ‘apa Allah kata’ dan pedulikan apa orang kata! Atok abah pernah sebut sekembalinya dari belajar kelas agama, bersanding tu adat Hindu dan rukun Hindu yang ke-13.

Anak-anak dikasihi, marilah kita bersyukur kepada Allah dengan cara melaksanakan seluruh ajaran Islam dengan sepenuh hati tanpa memilih-milih hukum atau memisahkannya daripada kehidupan. Kita tidak berhak untuk memilih-milih hukum yang sesuai dengan selera nafsu dan kepentingan diri. Sebaliknya selera nafsu dan kepentingan dirilah yang harus akur dengan syariat Allah. Jika tidak, maka kita akan termasuk ke dalam perangkap syaitan yang sejak sekian lama mengisytiharkan permusuhannya terhadap insan. Allah Ta’ala berfirman :
Maksudnya :
“Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.” (al-Baqarah : 208)

Sesuatu aktiviti yang kita buat, kalau niatnya kerana Allah dan menepati nilai syara’, akan beroleh ganjaran pahala dan dikira ibadat di sisi Allah SWT. Tetapi jika sesuatu aktiviti dibuat walaupun niatnya kerana Allah tetapi ikut selera masyarakat, takut nanti “apa orang kata”, kononnya tak ikut adat dan sebagainya, akan terbatal niatnya dan ganjarannya ‘0’ di sisi Allah kerana niat sebenarnya telah menyeleweng, lebih mengutamakan kehendak manusia sebaliknya membelakangkan kehendak syara’.

Mudah-mudahan selepas ini, cucu-cucu dan cicit-cicit atok abah akan berkahwin mengikut cara Islam. Jika benar-benar ikut cara Islam, semua urusan menjadi ibadah di sisi Allah. Jika ikut adat, takut Allah murka dan tidak berkat perkahwinan itu, banyak masalah yang akan timbul kemudian nanti, khususnya semasa mendidik dan membesarkan anak-anak. Payah benar nak didik anak jadi anak yang soleh dan solehah.

Suka Duka Atok Abah
20 Julai adalah tarikh membanggakan atok abah kerana Pak Hisham, anak lelaki bungsunya mulakan pengajian di ITM Segamat. Sebahagian kecil dari wang belanja itu Atok Abah pinjam duit gas untuk bayar perbelanjaan pengajian Pak Hisham di ITM. Disangka panas hingga ke petang , rupanya hujan di tengah hari. Dalam kegembiraan Pak Hisham sambung belajar, beliau ditimpa musibah, accident motor hingga patah peha dan tangan. Saksikan sendiri macam mana keadaan Pak Hisham di katil hospital Melaka, kakinya ditarik benda berat. Adui sakitnya!...
Kasihan Pak Hisham, semua orang sibuk di pagi Raya, tiada yang sempat nak ziarahinya, tapi atok abah sedih….. Tulis dgn huruf besar
‘HARI INI TAK MELAWAT HISYAM (HARI RAYA). Di sebalik tulisan ini seperti ada rasa ‘ralat’ dan sebak tak dapat melawat Hisham. Perasaan seorang bapa, sekuat manapun dia, kemampuannya terbatas juga, tidak terkejar melaksanakan semua urusan yang penting pada hari itu. Harap Hisham faham dan redha.

Dalam kesedihan atok abah, atok abah sempat lagi pergi ke kelas agama di surau… salah satu cara merawat kesedihan ialah belajar agama, bina hubungan hati dengan Allah agar bertambah erat. InsyaAllah, hanya kepada Allah sebaik-baik tempat mengadu, mengharap. Segala doa akan diaminkan oleh para malaikat kepada mereka yang pergi ke majlis Ilmu. Mudah-mudahan segala doa atok abah inginkan semua anaknya jadi anak yang soleh dan solehah akan dimakbulkan oleh Allah SWT.

Hanya dengan menghayati Islam seluruhnya, hidup kita akan bahagia, mulia dan selamat di dunia dan di akhirat. Sebaliknya tanpa Islam, manusia akan ditimpa berbagai-bagai bala bencana dan azab sengsara dari dunia sampai akhirat. Penyair Arab bermadah :
“Apabila lenyapnya keimanan maka hilang keamanan.
Tiada kehidupan di dunia seandainya agama tidak ditegakkan,
Barangsiapa meminggirkan agama daripada kehidupan,
Maka sesungguhnya dia mengundang kebinasaan”.

8 Ogos hari gembira atok abah, anak-anak di KL belikan kereta Mercedes 280.

Luahan suka duka atok abah pada 14 Ogos, esoknya hari Raya. Ada yang suka kerana dapat cucu. Mak Rie lahirkan Sofyan Soleh. Kegembiraan tak dapat dizahirkan ketika itu kerana anaknya sendiri kemalangan. Jika kita mengalami suka duka seperti yang dialami oleh atok abah seperti dalam diary di atas, bacalah surah Alam Nasyrah “Bukankah kami telah melapangkan untukmu dadamu? Dan kami telah menghilangkan daripadamu bebanmu, yang memberatkan punggungmu? Dan Kami tinggikan bagimu sebutan namamu. Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Maka apabila kamu telah selesai ( dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain, dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap”. Allah SWT ulang dua kali “sesudah kesusahan, ada kesenangan, sesudah kesusahan ada kesenangan” Inilah ayat yang atok Mak ajar Mak cik baca setiap kali sedang susah hati. Atok mak kata baca pada segelas air, lepas tu minum air itu. InsyaAllah legalah kesusahan selepas itu.

Masa Mak Gie sakit, walaupun sibuk hari raya, atok abah usahakan juga menziarahinya di hospital Batu Pahat. Nak meringankan beban Pak Khair, Atok abah bawa Fahidah balik kampung, esoknya barulah pergi tengok Pak Hisham semula. Jadi nama-nama cucu yang tersenarai dalam diary atok abah amat penting bagi atok abah. Doakan atok abah agar dipermudahkan di alam barzakh seperti mana atok abah banyak mempermudahkan urusan ibu bapa kalian semasa atok abah masih hidup. Termasuk Zubir, ingatlah jasa dan budi baik atok abah dan mereka yang telah mendidikmu. Istighfar sebanyak-banyaknya jika syaitan menghasutmu supaya melupai mereka yang telah berjasa padamu. Mereka tidak kerugian apa-apa tanpa doamu, sebaliknya Allah gantikanmu dengan insan lain yang lebih mengenang jasa dan mendoakan atok abah dan atok mak sepanjang hayat.Jadi siapa yang rugi?.... Fikirkanlah bagaimana tidak dihimpunkan dalam golongan orang yang rugi. Kalau nak selamat suburkan Iman, Insya Allah, barulah hidup berkat dan dipermudahkan.


Bertekad Melafazkan Kesyukuran dan Berazam Untuk Lipat Gandakan Kebajikan

Sejak Pak Hisham accident patah peha dan tangan, telah benar-benar menginsafkan atok abah. Setiap pagi atok abah tulis kesyukurannya kerana Allah masih menghidupkannya lagi untuk membuat lebih banyak kebajikan. Sewajarnya sikap ini diwarisi oleh semua anak cucu atok abah. Sentiasa berterima kasih kepada Allah memberi peluang kita untuk terus hidup. Hidup sebagai hamba Allah yang bertaqwa, menjalankan tugas sebagai khalifah Allah di muka bumi dan mengeratkan ukhuwwah dari masa ke masa demi mendapatkan keredhaan-Nya semata-mata..

Cuba bayangkan perasaan atok mak dan atok abah, betapa deritanya kalau anak-anak tak insaf, lupa diri dan sebesar-besar dosa adalah lupa pada kehebatan dan kebesaran kuasa Allah SWT. Ingatlah ibu segala kejahatan adalah buruk sangka kepada Allah SWT. Kesusahan dan kepayahan yang dialami adalah disebabkan kejahilan dan kedegilan sendiri bukan daripada orang lain. Oleh itu beristighfar selalu dan bertaubatlah.. Cubalah korbankan keseronokan sementara ini untuk dapatkan kebahagiaan di Akhirat. Ziarahilah kubur atok mak dan atok abah selalu.

**************************************************************

Pengalaman Pak Uda dengan arwah Atuk Mak dan arwah Atuk Abah
Oleh Dato’ Hj Muhammad Safaruddin Bin Hj Muhammad Sidek


Sebenarnya Pak Uda menganggap diri Pak Uda sebagai sebahagian daripada keluarga asal Kohatsa kerana Pak Uda lebih rapat dengan arwah atuk mak dan atuk abah selepas Pak Uda menjadi suami Mak Uda. Ini ialah kerana sifat dan sikap kedua-dua arwah atuk mak dan atuk abah begitu mesra & menyenangkan serta banyak yang Pak Uda belajar. Mungkin arwah bapa Pak Uda sendiri memang mempunyai perwatakan yang tidak banyak bercakap, jadinya bila Pak Uda bertemu arwah atuk abah yang mesra dan suka bercakap Pak Uda kagum dan begitu selesa dan rasa ingin selalu bersamanya.

Begitu juga dengan arwah atuk mak yang lebih kenal Pak Uda daripada Mak Uda setiap kali bersua sejak atuk mak uzur menyebabkan Pak Uda rasa keterikatannya hingga saat ini (Mak Uda jangan kecil hati pulak). Apa pun Pak Uda juga berasal daripada keluarga besar 14 orang adik beradik dan sumbangan arwah ibu bapa Pak Uda tak banyak beza daripada atuk mak dan atuk abah iaitu pengorbanan melahir dan mengasuh anak yang ramai dengan pelbagai karenah. Bezanya Kohatsa ramai ahli keluarga yang sedia tampil ke hadapan memimpin dan dapat mengatur program keluarga sedangkan keluarga Pak Uda tidak diasuh begitu. Namun Pak Uda cuba mengambil pengalaman dari program Kohatsa untuk cuba terapkan sedikit sebanyak dalam hubungan kekeluargaan sebelah pihak keluarga Pak Uda, Insya Allah. Inilah yang Pak Uda harap anak-anak saudara Pak Uda mesti manfaatkan kerana ia anugerah Allah paling besar kepada kita dalam zaman yang mencabar ini. Bilamana ada yang orang dapat memimpin kita ke jalan yang lurus yang di redhai Allah cepat-cepatlah kita rebut sebab inilah rebutan para solihin dahulu kala, sentiasa mencari suasana soleh untuk mendapat keberkatan dan keredhaan Allah dalam setiap kesempatan.

Pengalaman dan pengajaran yang paling berharga Pak Uda bersama arwah atuk abah ialah bila dia selalu mengutamakan solat berjemaah, baik di surau ataupun ke masjid setiap kali Pak Uda balik kampong. Inilah satu kurnia, satu nikmat yang Pak Uda jaga hingga hari ini, Alhamdulillah, semoga ia menjadi amal soleh atuk abah setiap kali Pak Uda solat berjemaah. Kesempatan ini Pak Uda ingin mengingatkan Pak Uda diri sendiri, ahli-ahli keluarga Pak Uda dan semua ahli keluarga Kohatsa, terutamanya yang lelaki, agar sentiasa memberi keutamaan kepada amalan solat berjemaah di setiap kesempatan yang ada kerana di sana percaya dan yakinlah ada ganjaran, barokah & keampunan yang tak terhitung di sisi Allah SWT. Tidak ada sebab dan alasan mengapa kita tak boleh solat subuh berjemaah kerana rata-rata kita lazimnya pada ketika itu masih lagi awal berada dirumah dan belum pun mula bertugas atau memulakan sebarang kerja, baik tugasan rasmi atau pun urusan persendirian masing-masing. Begitu juga bagi solat-solat Maghrib mahupun Isyak.

Pengalaman dengan atuk mak lagilah Pak Uda rindui kerana setiap kali kami balik kampong atuk mak mesti tunggu sampai kami tiba untuk makan bersama terutama lauk asam pedas ikan parang. Bila atuk mak uzur mak uda selalu masakkan masakan yang sama dan atuk mak senang hati bila ada lauk itu. Atuk mak juga banyak membantu Pak Uda dan Mak Uda menjaga anak-anak sewaktu kecil, sewaktu Pak Uda dan Mak Uda menunaikan fardu haji dalam tahun 1983. Bila kami balik haji dan atuk mak tahu kami kemalangan jalanraya atuk mak orang pertama yang menangis menyambut kami masih hidup. Doa Pak Uda agar atuk mak senang menerima doa kami sekeluarga setiap kali kami berzikir doa Ma’thurat.

Kembalinya arwah atuk abah ke Rahmatullah dalam tahun 1991 adalah tahun sayu buat Pak Uda. Pak Uda masih ingat pada pagi pertama atuk abah meninggal Pak Uda mengimamkan jemaah keluarga di Tangkak, Pak Uda terngiang-ngiang suara atuk abah membaca surah al-'Alaa (sobbihis marobbikal 'alaa..) dan Pak Uda terus tersedu apabila membaca surah itu. Mungkin ada di kalangan ahli keluarga yang masih ingat insiden ini. Sejak itulah Pak Uda sangat harap adik-adik dan sanak saudara Mak Uda jangan sekali lepaskan peranan menjadi Imam kerana ini pusaka warisan atuk abah kepada kita. Mula-mula memang kekok jadi Imam tapi dah biasa ia satu amal soleh yang afdhal.

Akhir sekali pengalaman Pak Uda dengan arwah atuk mak di pagi kami akan menunaikan umrah 15 September 2006 baru-baru ini. Pak Uda lihat atuk mak biasa saja, dia amat kenal Pak Uda dan bila tanya emak sihat dia kata sihat. Dia asyik tengok pada kami tapi kami terus bertanya dan Mak Uda ajar doa kepada atuk mak "Ya Allah Kau ampunkan dosaku, dosa arwah suamiku, dosa anak-anakku." atuk mak ikut saja. Kami tak sangka itu saat akhir kami bersama atuk mak walaupun Siti pembantu atuk mak kata petang semalam atuk mak agak aneh kerana badannya sejuk. Kami pun tinggalkan nombor talipon semua yang kami tahu terutama Along supaya jangan biar atuk mak sakit lagi. Saat mendengar suara Wan Ahmad Sanadi (Pak Usu) yang menalipon Pak Uda sejurus kami selesai solat zohor di Masjidil Haram tentang berita atuk mak meninggal dunia Pak Uda tak dapat berkata-kata, Mak Uda dah lembik nak jatuh dan menangis teresak-esak. Saat yang paling sedih di tanah suci itu kini menjadi ingatan Pak Uda dan Mak Uda yang sungguh menyayat hati kami selamanya. Alhamdullilah jam 3 pagi keesokannya bersamaan 8 pagi Malaysia kami dapat menunaikan umrah khas untuk atuk mak dan jam 8 pagi kami selesai tahlul umrah, bersamaan dengan jam 11 pagi Malaysia yang mana kami di fahamkan atuk mak selesai di kebumikan. Semoga Allah meredhai amal kami di tanah suci.

Apapun saat yang pastinya ialah kita semua akan mengikut jejak arwah atuk abah dan atuk mak ke alam kematian, tak tau bila, muda, tua, apatah lagi kami yang dalam umur senja menjangkaui setengah abad dan dah pencen ini. Iktibarnya jadilah ibu bapa yang banyak menyumbang kepada kesejahteraan keimanan anak-cucu, jadilah anak-anak yang banyak berbakti kepada ibu bapa, kaum kerabat dan agama, jadilah generasi pemimpin umat lslam yang berakhlak mulia, insyaAllah kita akan merasai manisnya iman yang Allah beri dan kita akan bertemu di akhirat insyaAllah dalam keadaan yang selamat, amiin.

Di tulis di pejabat MPOG Sagu King Warehouse, Labuan
2 November 2006/ 10 Syawal 1427

**********************************************************

Minit Mesyuarat KOHATSA ke-6
Tarikh : 9 Okt 2006/ 14 Ramadhan 1427
Tempat: Rumah Hj Abd Razak (rumah pusaka Arwah abah dan Mak)
Kehadiran; Semua hadir kecuali; 1. Hj Kamardin Bin Md.Top ( ? )
2. Hj Azman (diwakili oleh isterinya Hjh Reihana )
3. Hj Ghazali Md.Top ( ? )
4. Hishamudin Md.Top ( ? )

1. Ucapan aluan Pn Pengerusi; mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada tuan rumah kerana dapat memakmurkan kembali rumah arwah abah. Mudah-mudahan program seperti solat berjemaah dibuat tiap-tiap hari, tazkirah diadakan setiap bulan.Ucapkan terima kasih kehadiran kini disertai juga oleh ipar duai, Kak Long, Bakyah, Izan, Reihana dan semua menantu lelaki mak/abah turut sama. Mesyuarat kali ini diadakan untuk membincangkan
1.1 Program menghantar pengantin dan persiapan pertunangan/ pernikahan Zubir
1.2 Binaan kepungan kubur dan Ziarah Kubur / Qur’an ( wakaf di MasjidilHaram & Nabawi)
1.3 Program anak-anak
1.4 Ziarah Hari Raya- bahagi2 tugas ziarah yg terdekat/ wakil keluarga dan sampaikan salam
1.5 Hal-hal lain
1.6 Mesyuarat akan datang di rumah Hjh Noraini.

2. Perkara berbangkit

2.1 Rombongan ke Terengganu malam 25 Oktober confirm; Abg Nordin 4 org, Ngah sekeluarga 10 , Senah 2 org, Kak Timah1,Uda 9, Norli 2, Andak 8, Jumlah= 36 orang
2.2 Projek khas Wakaf Kohatsa akan dibincangkan lagi dari masa ke masa..
2.3 Anak-anak yang menghadapi SPM Hafizul, Shafiq, , Romi dan Zikry. Tolong doakan mereka agar berjaya dengan cemerlang. Peperiksaan 2 minggu selepas hari Raya
2.4 Lawatan ke Indonesia, tiket akan diurus lagi oleh bendahari.
2.5 Twining – Hjh Norlida minta izin tukar pasangan dengan Hj Ghazali; memandangkan kini dia sedang mendidik 3 anak Aja dan pernah mendidik Zubir dan Hakim.Diharap usaha pemulihan keluarga ini dapat diteruskan tanpa kenal erti putus asa. Md.Khairudin mengalu-alukan cadangan ini. Pasangan Hj Kamardin kini dgn Nor Hairiah dan Hisham.
2.6 Sumbangan RM30 sebulan @RM1 sehari. Masuk akaun May Bank 562106104818 Nor Hairiah Md.Top atau Bank in guna akaun BIMB 12038020064749. SMS atau e-mail nhairiah@tm.com.my. bila dah bank in.

2.7 Bayaran pengurusan Buletin KOHATSA, masih ada yang belum bayar RM50.00. Harap bayar segera untuk penerbitan buletin seterusnya setiap bulan. Minta Bendahari bentangkan senarai yang belum bayar. Jumlah ditambah untuk anak/ cucu yang telah berkeluarga

3. Kebajikan Untuk Arwah Abah dan Emak

3.1 Sumbangan bina kepungan tanda kubur arwah abah dan mak.Dari Uda/ Uda Safar RM200,Ngah / Uteh Bahar 200, Hairiah 100, Baai 100,Uteh 100,Andak 100, Abg 100,Alang 100, Norlida 100. Hj Kamardin 400. Jumlah semua RM1500 . Jelas. Terima kasih kepada semua yang telah berikan komitmen.

3.2 Cadangan ziarah kubur secara bergilir, diharap mendapat perhatian semua ahli keluarga. Jadual telah disediakan. Kalau nak pergi waktu lainpun tak apa , tapi paling afdal malam Jumaat, hari Jumaat, Sabtu dan Isnin. Masa inilah roh kembali ke kubur masing-masing.

3.3 Norlida cadangkan supaya latih anak-anak ziarah kubur agar mereka insaf dan ada rasa tanggungjawab itu apabila kita meninggal kelak. Untuk dapatkan syuur (rasa), cuba sedaya upaya ziarahi kubur seperti arwah abah ziarahi kubur atuk tiap-tiap pagi Jumaat naik basikal. Duduk sana 1-2 jam baca Yassin dan doakan atuk. Jika kita inginkan Husnul Khatimah dan didoakan oleh anak-anak yang soleh, sekarang ini kita perlu tingkatkan keikhlasan mendoakan bukan sahaja untuk mak dan abah, malah mak dan bapa saudara seperti Mak Ndak, Mak Uteh, Mak Ngah, Pak Itam, Pak Cik Mad (semua adik beradik mak dan abah) serta semua orang Muslimin yang telah kembali ke alam Barzakh. Anggaplah anak-anak saudara kita yang ada ni macam anak sendiri, doakan untuk mereka. InsyaAllah kelak mereka akan mendoakan kita.

4. Ziarah hari Raya; Cadangan ziarah semua ahli keluarga sebelah arwah abah dan emak. Untuk menjimatkan masa dibahagikan urusan ziarah ikut lokaliti terdekat . Hj Rosli ziarah keluarga Pak Cik di Bangi, Uda Ani ziarah keluarga Ngah Rahmah, Norlida ziarah keluarga Muar (Zainab Jalil/ Kak Ilah), Hairudin ziarah Cik Mat (Batu Pahat), Uteh Tapha ziarah keluarga Ngah Izzah, Segamat. Abang Din dan Ngah sebagai wakil arwah abah/ mak diziarahi oleh mereka. Azman; keluarga Mak Ngah Suteh (Bkt Kangkar). Hisham dan Aja, ziarah keluarga Uda Nor, Hj Hj Kamardin ziarah keluarga Pak Itam/Dr.Abu Osman. Hairiah ziarah Pak Uda Jantan. Harap sampaikan salam semua ahli keluarga kepada mereka yang diziarahi. Panjang umur mereka yang menghubungkan silaturahim.

5. Saling berwasiat dan hal-hal lain;

5.1 Abg Nordin; Jangan buat hal masing-masing. Emak & Abah dah tak ada, Teruskan hubungan silaturahim dan kekalkan kebiasaan, ziarah selalu dan bertanya khabar. Datanglah rumah abang. Hj Rosli cadangkan Raya pertama pergi rumah abg dan ngah. Sekurang2nya telefon kalau tak dapat pergi rumah ngah atau abang.

5.2 Ngah cadangkan masukkan ucapan Hari Raya seperti Buletin Kohatsa yang awal dulu. Ucapan Hari Raya akan diurus oleh pelapis KOHATSA’. Print gambar-gambar warna akan diurus oleh Hairiah.
Duit mak ada RM 2000 tak boleh diambil tanpa sijil kematian. Sanadi maklumkan sijil itu boleh dpt dalam masa 1 atau 2 bulan. Ngah minta semua ahli keluarga ingat pesanan ustaz semasa tazkirah tadi. Guna 5 sebelum 5 perkara.
.
5.3 Uda Ani, Program ‘KOHATSA II’ boleh diserapkan dalam program Masjid Negeri Selangor. Uda wakili AJK Masjid. Panjangkan amal jariah abah/mak..
Rindu mak, Sedih tak dapat cium, mandi dan kafankan mak. Bersyukur mak meninggal tidak menyusahkan… ini yang mak selalu sebut dan doa “kalau mati tak nak menyusahkan org.” Uda juga harapkan begitu. Sama-sama kita doa dapat Husnul Khatimah dan didoakan oleh anak-anak yang soleh ( dalam tangisan). Kewajipan kita jaga hubungan silaturahim.

Cadangkan BK10 masukkan adab-adab berdoa untuk mencintai al-Quran agar mudah dibaca dan dihayati oleh ahli keluarga Kohatsa. Mudah-mudahan kita semua sentiasa mendapat petunjuk dari Allah untuk mencintai dan membaca al-Qur’an.

5.4 Andak Razak - Syukur dpt makmurkan rumah abah. Beliau tidak sangka dpt hidupkan suasana puasa macam hari raya di rumah ini. Bangga,dapat berkumpul adik beradik macam ni. Andak rasa inilah hari Raya sebenarnya bagi andak, sungguh meriah setelah sekian lama rumah ini sunyi tidak dikunjungi oleh adik beradik. Harap ziarah seperti ini akan dapat diteruskan.

5.5 Uteh Tapha- Tahniah kepada tuan rumah dapat wujudkan suasana yang baik. Prog ini perlu diteruskan…Sifat saling menghormati ,adil, positif dilatih oleh mak dan abah. Insya Allah. Bayangkan mcm mana mak besarkan 13 org anak….kita kejutkan anak seorang untuk sahur, terasa begitu litany. Apa lagi emak kejutkan 13 orang anak? Tgg jwb perbaiki diri. Jgn kata dah tua kita tidak blh buat apa2. Jaga Ukhuwah dan Baca al-Qur’an sekurang2nya 1 juz sblm asar. Perlu saling ingat mengingati supaya kita tidak leka. Kita tidak tahu bila kita menyusul mak… Payah nak cari keluarga macam ini..Prog pelapis juga adalah suatu yang baik.

Berazamlah selepas puasa jadilah orang yang lebih baik. Doakan mak dan abah. Ingat Hidayah bukan diberi percuma.Yang penting ialah keikhlasan. Warisi keikhlasan abah. Doa, keikhlasan dan persaudaraan kita akan diwarisi oleh anak2 kita kelak.
Kini dah sampai masa kita menunggu anak saudara ziarahi kita. Inilah sifat orang beriman. Realiti kebanyakan keluarga hari ini lebih mengutamakan harta, mengabaikan ziarah dan hubungan silaturahim. Latihan awal kita pentingkan persaudaraan ialah ajak anak-anak solat berjemaah di surau.
Harapan ; kalau diizinkan Allah kita buat persiapan berjumpa di akhirat.

5.6 Hj Rosli. Saling lengkap melengkapi utk kebaikan bersama w/p byk perbezaan antara kita. Sejak kecil banyak masa kita bersama, membesar bersama,susah senang bersama…. Di rumah ini kita ada tanggung jawab. Kewajipan . 1st raya jumpa di rumah abg./ ngah. Kak Timah… Mak selalu pesan suruh Azman ambil dia bawa balik ke rumahnya sendiri. Tidak kesampaian. Semua ada tanggungjawab. Sinari rumah ini dgn aktiviti yang memanjangkan amal jariah arwah abah dan mak–
Jaga Barakah dalam mencari rezeki yang halal. Ada masalah bagi tau.Jgn malu….
Janji pada diri jangan sekali-kali buat pinjaman dengan Along. Menyusahkan diri sendiri kerana bayar hutang berganda.
Teguran adalah tanda sayang,,bukan benci. Susah payah bekerja tapi tidak berkat…Ada masalah kewangan bagi tau. Guna dengan betul, jangan salah gunakan… jujur pada diri sendiri.

5.7 Hairudin ucapkan tahniah kepada tuan rumah. Anggap rumah ini adalah rumah pusaka. Menjadi sebab anak-anak nak balik kampung. Dicadangkan buat Salasilah klrg. Dan masukkan dalam Web site Kohatsa. Sekarang ini zaman IT, memudahkan ahli keluarga khususnya yang jauh dapat maklumat semasa. Barisan pelapis dah masuk ke generasi ketiga, takut tak kenal mereka kelak. Pn Hj Norlida maklumkan tugas ini boleh dicadangkan kepada ‘KOHATSA II’ (tugas pelapis).

5.8 Norlida ucapkan rasa setinggi-tinggi kesyukuran dan tahniah kepada tuan rumah menghidupkan roh rumah ini. Diharap keikhlasan dan kesungguhan ini akan berterusan kerana roh abah dan roh emak akan sentiasa mengunjungi rumahnya sendiri.Usahakan supaya roh mak dan abah sentiasa dalam kegembiraan, tenang dan aman di alamnya sekarang.

Satu lagi yang amat diharapkan, sama-samalah kita sedekahkan Fatehah untuk roh ahli keluarga yang masih belum insaf lagi…Walaupun dia masih hidup tetapi roh/ jiwanya sedang ‘sakit tenat’ kerana gagal berubah seperti yang dijanjikan dan akan ‘ghaib’ sesuka hatinya. Tidak peka dan susah nak bersyukur sedangkan ahli keluarga bersungguh-sungguh hendak membantu sebaliknya mereka hanya mengambil kesempatan. Amat risau dengan sikap ini kerana telah ada di antara anak-anaknya mewarisi sikap begitu. Sama-sama kita usahakan agar proses pemulihan dapat dibuat secepat mungkin. Perlukan keikhlasan semua pihak khususnya doa yang tulus, memandangkan mak dan abah tidak ada lagi, tugas kita pula mendoakan mereka anak beranak. Jangan berputus asa hadapi dugaan dan cabaran dari keluarga ini. Mereka perlu dibantu agar kembali ke pangkal jalan dan mencari Hidayah Allah. Mudah-mudahan usaha kita ini akan menyebabkan Roh abah dan roh emak sentiasa aman. InsyaAllah. Semoga Allah berkati usaha kita semua.

Akhir sekali, sokong dengan pendapat Uda tentang sebahagian dari program pelapis diserap dalam program masjid Negeri Selangor.Sebaik-baiknya guna modul yang telah diedarkan di rumah Hj Rosli sebagai asas Tarbiyah. Namun semua ibu bapa perlu beri komitmen idea dan pandangan positif, sokongan moral kepada anak-anak yang akan kendalikan program akan datang seperti dalam jadual BK9 .

5.9 Hairiah; ..3 syarat kemenangan bagi insan, iaitu kemenangan itu adalah dari Allah, kedua kemenangan adalah bagi orang yang membantu agama Allah dan ketiga kemenangan adalah bagi orang muslim. Kalau kita nak kemenagan di dunia dan di akhirat, kita mesti menjadikan diri kita supaya berada diantara orang-orang yang menang dengan mendekatkan diri dengan Allah, mengenali Allah dan mengenali diri kita sebagai manusia yang diciptakan. Ikutilah bagaimana sahabat Rasulullah saw menerima Islam dan mengenali Allah, yang menyerahkan diri kepada Allah SWT semata-mata.

6. Mesyuarat ke-7 di rumah Dato’ Hj Muhammad Safaruddin Bin Hj Muhammad Sidek pada 18 November/ 26 Syawal, Jln Aquamarin. (Sempena Uda nak pergi Haji, InsyaAllah).

7. Tazkirah telah dibuat sebelum iftar dan selepas Terawikh. Jam 1 -2 pagi ada Tahajud di sini bersama Ustaz Saiful Khan dibawa khas dari Shah Alam.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.30 malam.

&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&


Agenda Mesyuarat KOHATSA KE-7
Di rumah Tn Hj Muhammad Safaruddin Bin Hj Muhammad Sidek

1. Kata aluan pengerusi. AlFatehah dan amanat
2. Pengesahan minit mesyuarat
3. Masalah berbangkit
4. Plan tindakan program;
4.1 Rombongan Ke Jakarta
4.2 Sponsor hadiah untuk pertandingan hafazan Qur’an, bercerita, Bola, renang .
4.3 Majlis Ilmu berterusan di rumah Pusaka Jln Solok, Tangkak
5. Pembentangan akaun KOHATSA, Buletin KOHATSA dan kutip hutang.
6. Hal-hal lain/ Pesan memesan.
7. Cadangan Meeting ke 8
Tarikh :
Tempat :
Masa :
Cadangan aktiviti :

“Tiap-tiap orang harus mendoakan bagi orang-orang matinya, tidak lupa memohon keampunan baginya dan bersedekah untuknya. Jika ia tidak lakukan hal ini, tentulah ia juga akan dilupakan oleh kaum keluarganya kelak apabila ia mati dan seterusnya. Hal ini akan terputus hingga ke anak cucu. Sebab siapa yang ingat, nescaya ia akan diingati dan siapa yang lupa, nescaya ia akan dilupakan pula. Sedang Allah Taala tidak akan mensia-siakan pahala orang yang mengamalkan kebaikan”.
Imam Habib Abdullah Hadad

====================================================

SYABAS!! KOHATSA II SUDAH BERTINDAK…
MINIT MESYUARAT KOHATSA II Kali ke-2


Tarikh : 14 OKTOBER 2006 / 21 Ramadhan 1427 Hijrah
Tempat : Rumah Pak Alang Hj Rosli Bin Hj Md.Top
Jalan Badik Seksyen 11, Shah Alam
Masa : Jam 7.45 malam (Lepas berbuka)
Kehadiran : Musthofa Mubarak, Shukry, Dr.Norharlina, Amelia, Shamil, Zura, Dr.Aida

1. Taklimat pengerusi. Fokus diutamakan kepada rancangan trip ke Terengganu dan aktiviti anak-anak.

2. Baju AJK telah disahkan warna Merah dan hitam -tiada logo ( hadiah di ganti dengan treasue hunt ) -nama team pelapis telah dipersetujui - KOHATSA II
-dijangka siap sebelum hari raya

3. Soalan treasure hunt di dalam bas semasa perjalanan telah ditugaskan kepada Puan Aida dan Puan Moni. (Tangkak ke Kuantan - Moni / Kuantan ke Terengganu - Aida )
Soalan B berdasarkan keadaan tempat sepanjang perjalanan. Hadiah Logo dicadangkan di bawa ke treasure hunt ( Mak Usu )

4. Pengerusi KOHATSA II di dalam rombongan bas telah diamanahkan kepada En. Ahmad Shukry. Beliau akan dilatih oleh oleh ibu dan bapa saudara mengetuai trip ini.

5. Sukan keluarga dicadangkan selepas Raya iaitu Futsal, Swimming ( Rumah Pak Lang ) dan Bowling serta diadakan pertandingan antara keluarga (sewa tempat ditaja oleh bapa saudara )

6. Setiausaha mengingatkan kepada AJK iaitu pada 4 Nov 06 akan diadakan Program Mesra Masjid bertempat di Masjid Negeri Shah Alam dan meminta semua ahli KOHATSA II hadir.

7. Kutipan yuran ahli KOHATSA II berkuatkuasa mulai Januari 07 dan diminta semua ahli KOHATSA II wajib membuat bayaran kepada Saudari Hazizah. RM 10 untuk bayaran seumur hidup dan RM 5 setiap bulan seorang ( termasuk anak jika ada )

8. Dicadangkan juga akaun KOHATSA II diwujudkan

9 Puan Amelia mencadangkan agar Buletin diselitkan dengan teka teki, game, kartun, pantun dan sebagainya bagi menarik minat anak - anak kecil membaca buletin KOHATSA.

10. Puan Amelia juga mencadangkan aktiviti KOHATSA II seperti sukan atau majlis ilmu diadakan sebulan sekali sahaja kerana bimbang jika ada yang tidak mempunyai masa dan kelapangan. Sebelum aktiviti dibuat hendaklah dimaklumkan kepada semua ahli KOHATSA
II . Pengerusi jelaskan memang dicadangkan dari awal sebulan sekali. S/U dan naibnya akan SMS seminggu sebelum program. Satu keluarga satu SMS. Diharap yg dapat SMS forward pd adik beradik yang lain.

11.Setiausaha masih menunggu wakil dari setiap keluarga memberi maklumat ( Nama, Alamat terkini, No tel, E-mail ) bagi membuat data base ahli KOHATSA II selewatnya pertengahan November 2006
12. Mesyuarat KOHATSA II kali ketiga akan diadakan di rumah Mak Uda jam 3 petang. Diharap semua ahli KOHATSA II akan hadir.
Mesyuarat ditangguhkan pada Jam 8.35 malam bagi solat Isyak dan Terawikh
Sekian,
Disediakan oleh :
Ahmad Shukry
Setiausaha Agung KOHATSA II

AKTIVITI KOHATSA II – MEETING KALI KE-3, SUKAN,
HAFAZAN DAN BERCERITA

1) Meeting kali ke-3
Agenda Mesyuarat KOHATSA II KALI KE-3
Tarikh : 18 November 2006
Masa : 3 petang
Tempat : rumah Mak Uda

1. Kata aluan pengerusi
2. Pengesahan minit mesyuarat
3. Masalah berbangkit
3.1 – Sumbangan untuk Buletin – Pengalaman bapa dgn atok abah/mak
- Salasilah Keluarga masing2
(hntr sblm 30 November 2006)
3.2 RANCANG BINA LAMAN WEB KOHATSA II

4. Plan tindakan program;
4.1 Hafazan & bercerita
4.2 Team Futsal
4.3 Renang
5. Tabung KOHATSA II dah ada sumbangan lebih RM300/ buka akaun bersama
6. Hal-hal lain.

2. Plan Tindakan

2.1 Perlawanan Futsal ( dicadangkan di Sek 7 atau 11 )
Tarikh : 18 November 2006 (Sabtu )
Masa : 5.00 – 6.00 ptg (sebelum dinner di rumah Mak Uda)
- AJK bertugas : Shamil, Mubarak, Along, Azri & Zubir
- Pengadil : Dr.Zamri, Syawal & Syed
- 4 pasukan ( cadangan )
- Cadangan berlawan dengan Veteren KOHATSA I
- Pasukan juara dan naib juara akan menerima hadiah di rumah Pak Lang
2.2) Pertandingan Renang ( Rumah Pak Alang )
Tarikh : 19 November 2006 (Ahad)
Jam 8.00 pg – 12.00 tgh

AJK BERTUGAS : Shamil, Azri, Along, Mubarak ( pembantu : Syed & Syawal )
KEBERSIHAN : Dr. Zamri/ Dr Nor Harlina ( pembantu : Kak Uda, Along Ainurul )
MAKANAN : Amelina ( Pembantu : Kamilia & Aishah )
PENGADIL : Pakcik Man/ Pak Man, Pak Uteh, Pak Lang dan Pak Usu
KETUA HAKIM : Pak Uda
ACARA SELINGAN : Perlawanan bola baling dalam air

Acara pertandingan renang ( Juruacara : Abg long & Mubarak )

07.30 pg : Sarapan ( Rumah Pak Lang )
08.00 pg : Pendaftaran nama utk pertandingan renang ( Abg Long & Mubarak )
08.30 pg : Pembahagian kategori
09.00 pg : Acara dimulakan dengan bacaan doa oleh Pak Cik Man
09.15 pg : Pertandingan bagi kategori A
09.45 pg : Pertandingan bagi kategori B
10.15 pg : Pertandingan bagi kategori C
10.45 pg : Acara selingan ( perlawanan bola baling dlm air - kategori terbuka )
11.15 pg : Rehat
11.45 pg : Penyampaian hadiah
12.00 tgh : Bersurai ( lunch di rumah Mak Usu )

Acara kolam : Individu – catatan masa terpantas
Berpasangan – Renang berganti
Tahan nafas paling lama
Treasure Hunt

2.3 Pertandingan Hafazan dan bercerita ( Juruacara : Kak Mona & Kak Uda )
Tarikh : 18 November 2006 ( Sabtu )
Masa : Lepas Dinner di rumah Pak Anjang
- AJK bertugas : Kak Uda & Ainurul ( dibantu oleh Amalina & Hazizah)
- Hakim : Mak Alang, Mak Uteh, & Mak Anjang ( bercerita )
- Hakim : Pak Uda, Pakcik Man, Pak Usu ( Hafazan )
- Pertandingan dimulakan jam 8.30 mlm selepas dinner di Rumah Pak Anjang
- Pemenang 1,2,dan 3 akan menerima hadiah bagi setiap kategori

* PENYAMPAIAN HADIAH BAGI SEMUA PERTANDINGAN SELEPAS BERAKHIR PERTANDINGAN RENANG DI RUMAH PAK ALANG





Program pertama KOHATSA II DI TANGKAK
PROGRAM MALAM KEINSAFAN


1.0 MATLAMAT

Matlamat utama program ini dicadangkan adalah untuk terus mendidik anak-anak kohatsa agar lebih dekat dengan Allah dan menjadikan Al-Quran sebagai panduan hidup. Semoga dengan program Motivasi ini akan memberi kesan yang mendalam ke dalam jiwa-jiwa anak kohatsa agar berlumba-lumba mencari kebaikan dan lebih matang dalam tindakan menangani sebarang permasalahan dalam cabaran kehidupan yang mendatang.Secara tidak langsung bertujuan membawa perubahan ke dalam diri dan akhlak mereka.

2.0 RASIONAL

Program ini dicadangkan berdasarkan beberapa rasional ;
3.1 Untuk memberi kesedaran kepada diri anak-anak Kohatsa.
3.2 Untuk mengeratkan ukhwah dikalangan keluarga Kohatsa
3.3 Untuk memupuk nilai-nilai murni dan akhlak mulia ke dalam jiwa anak-anak Kohatsa.
3.3 Mendekatkan diri dengan Allah dan menjadikan Al-Quran sebagai rujukan utama dalam kehidupan.

3.0 TARIKH, TEMPAT & MASA
Bertempat di rumah Hjh Nortipah Md. Top (makngah) pada 7hb Oktober 2006. Bermula
10.30 malam hingga 12.00 malam.

4.0 KUMPULAN SASARAN
Semua anak-anak Kohatsa yang berumur 18 tahun ke bawah.
5.0 FASILITATOR:
LELAKI: MOHD. AZMI BIN SU
SYED HUSIEN
MUSTOFHA MUBARAK BIN KAMARUZAMAN
MOHD SALLEH
PEREMPUAN: LILY SYEEDA BINTI AB. RAZAK
AMELIA MAIZURA MUSTAPHA
HAZIZAH BINTI AB. RAZAK
PEMBANTU FASILITATOR:
SITI NOORSHAHARINA BT MOHD DALI
FAHIDA MAHNUN BT MOHD.HAIRUDIN
6.0 KEHADIRAN PESERTA (ANAK-ANAK KOHATSA):
LELAKI: Romee Shafarid b. Ab Razak
Shamirul Shamil b. Azman
Mohd. Fariswan b Abd Rahman
Mohd Zul Ikmal Amry b. Ghazali
Mohd Zul Izham Amry b. Ghazali
Omar Khalid b. Ab. Razak
Muadzam bin Mustapha
Muhd Ammar bin Rosli
Anak-anak Ustaz Saiful Khan

PEREMPUAN:-
Farah binti khairudin
Huda binti Wan Ahmad Sanadi
Hannan bt Wan Ahmad Sanadi
Nurul Amni bt Wan Ahmad Sanadi
Adawiah Mustafa
Balqis Rosli
Yana bt Syukri

7.0 Kesan Program. Alhamdulillah, berkat kerjasama Fasilitator yang ikhlas, program ini dapat dijalankan dengan lancar. Anak-anak menutup mata di dalam kegelapan dan dapat fokus mendengar sepenuhnya luahan rasa hati yang insaf agar mereka mencintai al-Qur’an. Hampir semua anak-anak menangis mendengar. Mudah-mudahan keinsafan ini berpanjangan dan berbekas di hati mereka untuk berdamping dengan a-Qur’an sehingga akhir hayat. Ameen.

8.0 PENUTUP

Adalah diharapkan program yang baik ini dapat mencapai objektif sebagaimana yang dirancangkan. Hasil daripada program ini akan menjadi satu agen perubahan agar anak-anak Kohatsa menjadi lebih baik dengan menjadikan Al-Quran sebagai pedoman hidup.
Disediakan oleh
Lily Sheeda Abd Razak
halawatuliman shifa Segala puji-pujian hanya milik Allah, yang masih meminjamkan lagi nyawa kepada kita semua untuk meneruskan kehidupan dalam rangka meningkatkan kualiti ‘ubudiyah’ / perhambaan kita hanya sanya kepada-Nya. Selawat dan salam ditujukan kepada Rasulullah saw, kaum keluarga, para sahabat, ulama’-ulama’ muktabar serta jiwa yang ikhlas berjihad di jalan Allah SWT.

Al-Fatehah buat Arwah Abah Hj Md.Top Bin Hj Daik dan Arwah Mak Hjh Esah Bte Long, semoga Rohnya sentiasa mendapat rahmat dari Allah SWT dan dihimpunkan di kalangan hamba-hamba-Nya yang Solehin.

==============================
Ahli keluarga yang dikasihi sekelian, pemergian arwah abah dan mak bukanlah pengakhiran hidupnya tetapi adalah suatu permulaan perjalanan menuju ke alam yang abadi. Kita semua akan menyusul abah dan mak ke alam Barzakh yang merupakan umur kedua kita selepas umur pertama berada di alam dunia yang fana’.

Di atas permintaan dan hajat ahli keluarga yang prihatin, kami awalkan penerbitan BK ke-8 kerana amat berharap supaya sempena Penghayatan bulan Ramadhan dapat kita penuhi dengan pelbagai amalan soleh yang berganda dan diniatkan juga untuk arwah mak dan abah. Kisah pemergian emak dirakamkan dalam BK-8 agar dapat dihayati bersama oleh Mak Uda Ani (umrah), Pak Anjang HjKamardin, HjAzman dan Hisham yang tidak sempat pulang semasa pengurusan jenazah Atok Mak dan cucu-cucu di luar negara. Saat kematian Atok mak telah ditulis oleh Mak Usu Hjh Nor Hairiah. Tidak ketinggalan juga hasil mesyuarat tergempar di rumah Mak Ngah Hjh Nortipah menyuarakan rasa hati setiap anak arwah atok mak di atas kehilangan yang cukup memberi kesan pada jiwa yang amat mengasihinya. Mak telah banyak berkorban untuk kita.... Apakah pula pengorbanan kita untuk mak yang telah pergi?
Insya Allah, BK ke-9 akan diterbitkan pada 14 Oktober bersamaan 21 Ramadhan di rumah Pak Andak Hj Abd Razak dengan kata pengantar Pak Andak sendiri.

Ahli keluarga yang amat diharapkan komitmennya,
Sebaik sahaja selesai jenazah mak dikebumikan, pasti kita semua berlumba-lumba mendapatkan maklumat lanjut bagaimanakah kehidupan di alam Barzakh. Dalam pencarian itu Alhamdulillah saya berpeluang membaca kembali buku edisi jawi ‘Peringatan Tentang Umur Insan’ yang ditulis oleh seorang ulama’ yang buta matanya tetapi terang hatinya bernama ‘Imam Habib Abdullah Hadad’. Untuk pengetahuan ahli keluarga sekelian, beliau juga telah menulis buku tebal bertajuk ‘Nasihat Agama, Wasiat Iman’ yang banyak manfaatnya jika dimuzakarahkan.

Tiga tahun lalu telah saya bacakan buku tersebut semasa Halaqah di Batu Pahat dan Simpang Rengam, memang mengalir air mata kami, ibu-ibu yang membaca dan mendengarnya. Saya sendiri merasai syahdunya peringatan imam yang mulia ini dan sentiasa teringatkan bagaimana ajal saya kelak dan bagaimana keadaan arwah abah dan mereka yang telah kembali ke alam barzakh. Selepas kembalinya arwah mak, buku ini kembali menjadi rujukan utama saya dan sempat saya bacakan semasa Halaqah di Batu Pahat pada hari Rabu 27 Syaaban ( 20 September 2006) di rumah Ustaz Roslami dan Ustazah Rubitah. Hasil bacaan dan perbincangan itu ingin saya kongsi bersama ahli keluarga KOHATSA agar selepas ini dapat kita rancang dan teruskan amal jariah terbaik dan berpanjangan buat arwah abah dan arwah mak yang amat kita kasihi. Sama-samalah kita berdoa semoga Allah pereratkan ukhuwwah kita semata-mata kerana ingin mencari keredhaan-Nya jua. Amin.
Ibu Musthofa
1 Ramadhan 1427 ( 24 Sept 06)
1 BULETIN KOHATSA 1/20071427/8 HIJRAH -Mukasurat 1 -
Dengan nama Allah S.W.T. yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang serta selawat dan salam bagi Ar-Rasul S.A.W. Ahli Kohatsa yang dikasihi dan dimuliakan, Semoga kedatangan 2007 membawa harapan dan kekuatan kepada kita sekeluarga dan kasih sayang kita semakin utuh dan penuh dengan limpah rahmat Allah SWT. Tahun 2006 telah meninggalkan kita dengan seribu kenangan termasuk kepulangan bonda tersayang Arwah Hjh Esah Bt Long kepangkuan Ilahi pada 14hb September 2006 yang lalu… Sesungguhnya kepulangan bonda telah memberi kita satu peringatan bahawa kasih sayanglah satu-satunya yang membuatkan hidup seseorang itu panjang dan kasih sayanglah yang sentiasa membuatkan orang yang telah pergi tetap di hati kita. Semoga roh kedua-kedua arwah ayahanda Hj. Md Top dan Bonda Hjh. Esah akan sentiasa mendapat tempat yang baik bersama mereka-mereka yang soleh yang diredhai Allah, InsyaAllah.. Alhamdulillah, tahun 2006 juga telah memberi peluang kita sekeluarga selalu berjumpa sekurang-kurang sekali sebulan dengan terjadualnya mesyuarat Kohatsa. Dan usaha ini akan kita teruskan di tahun 2007 dan seterusnya, InsyaALlah. Kohatsa II juga telah ditubuhkan dan akan menjadi pewaris bagi membawa usaha kita ini berkesinambungan. Pelbagai program anak-anak dan program keluarga telah dapat dijalankan dengan adanya pelapis Kohatsa II ini, Alhamdulillah… Tahniah diucapkan kepada Kohatsa II atas segala perancangan. Semoga kalian akan terus berusaha untuk meningkatkan keutuhan kekeluargaan kita… Dari segi program menjalin ukhwah, Kohatsa telah berjaya membuat program musafir/perjalanan dan rehlah bersama, iaitu satu program musafir ke Terengganu ( 2 bas) dan satu lagi musafir ke Jakarta (Airasia 6 pasangan).. Semoga banyak lagi program seperti ini dapat dijalankan nanti, InsyaAllah. Kita juga telah menerima tambahan dua anak menantu iaitu Syed dan Syawal, suami kepada Amelia dan Ainurul, Alhamdulillah…. Semoga mereka dapat membina keluarga bahagia… dan seterusnya bersama-sama kita dalam program keluarga yang kita rancangkan untuk memeriahkan lagi program-program kita, San tak lupa juga kehadiran cucunda, anak Aida baru-baru ini.. semoga pertambahan zuriat ini akan menjadikan Kohatsa lebih uth dan mantap… Bersama-samalah kita berdoa semoga tahun 2007 lebih menguatkan tali persaudaraan dan kerjasama ktia. Amin. 2006 DALAM KENANGAN
2
-Mukasurat 2 -
BULETIN KOHATSA 1/2007 1427/8 HIJRAH
Tazkirah Tauhid Tauhid merupakan tempat pergantungan bagi manusia samada mereka menyakininya atau tidak. Tauhid adalah penyelamat di masa kesulitan seperti yang difirmankan Allah S.W.T. dalam surah Al Ankabut: 65; ”Apabila mereka berlayar dengan kapal, mereka memohon kepada Allah serta mengikhlaskan agama kepadaNya (tidak menyekutukanNya) Tetapi apabila Allah telah menyelamatkan mereka sampai ke darat, tiba-tiba mereka menyekutukanNya”
.
Bagi para pendukung tauhid, mereka yakin hanya tauhid yang dapat menyelamatkan mereka dari kesulitan dan kesusahan di dunia dan akhirat. Kerana itu, Nabi Yunus bergantung pada tauhid, lalu Allah menyelamatkannya dari kegelapan perut ikan. Para pengikut Rasulullah SAW semua bergantung kepada tauhid, hingga mereka selamat dari siksaan orang-orang musyrik di dunia dan mereka mendapatkan apa yang dijanjikan kepada mereka di akhirat. Tetapi tatkala Fir’aun bergantung kepada tauhid apabila dia melihat kematian di depan mata, dan sesaat sebelum tenggelam, maka tindakannya itu tidak lagi berguna baginya. Sebab pernyataan dan persaksian iman tatkala sudah melihat kematian di depan mata tidak akan diterima. Tauhid adalah jalan keselamatan. Ini merupakan sunnah Allah yang berlaku pada hamba-hambaNya. Tidak ada yang mampu menghindarkan kerosakan dan kesesatan di dunia seperti yang dilakukan tauhid. Kerana itu doa untuk menghilangkan kesulitan disertai tauhid dapat membebaskan diri daripada kesulitan. Doa Nabi Yunus a.s.: ”Tidak ada Tuhan yang berhakdisembah melainkan Engkau ya Alllah, Maha Suci Engkau, aku adalah termasuk orang-orang yang berbuat zalim atas diri sendiri” MUTIARA KATA Seseorang dengan sikap negatif melihat masalah dalam semua peluang, tapi sebaliknya seseorang yang positif melihat peluang dalam semua masalah. Kejayaan berada di pihak anda apabila anda benar-benar membuat keputusan. Barangsiapa diam maka selamatlah dia, barang sesiapa banyak bicaranya maka banyak pula kesalahannya. Barangsiapa merendah hati, Allah akan mengangkat darjatnya dan barangsiapa yang sombong, Allah akan merendahkan darjatnya. Yang membawa manusia kepda kesulitan dan kesusahan yang besar adalah syirik dan yang menyelamatkan dari kesulitan dan kesusahan tersebut adalah tauhid. Tauhid merupakan tempat bergantung semua makhluk dan bentengnya amat kuat. ’Katakanlah (ya Muhammad): Dialah Allah yang Maha Esa. Allah tempat bergantung. Dia tidak beranak dan tidak pula diperanakkan. Dan tiada suatupun yang menyerupaiNya.” (Al Ikhlas: 1-4) DALAM KELUARAN INI Tajuk Muka surat 2006 Dalam Kenangan 1 Mutiara Kata & Fakta Sejarah 2 Tazkirah Tauhid 2 Takwim 2007 3 10 Kebiasaan Manusia Sukses Tanpa Batas 3 Core Value: Commitment 4 Sinopsis Buku 4 Tanda-tanda bahagia dan celaka 5 Perpustakaan Kohatsa/Pusat Sumber 5 Aktiviti Kohatsa 2006 6 Album Musafir ke Terengganu &Indonesia 2006 11 Kalender KOHATSA 2007 12 "Masjid Al-Aqsa" bermaksud "masjid palingjauh", dan ia mungkin diambil daripada Israand Mi'raj, tentang perjalanan lebih kurangpada tahun 621 oleh Nabi MuhammadS.A.W.(570-632). Berdasarkan pada ayat al-Quran, Nabi Muhammad S.A.W.melaluiperjalanan dengan menaiki Buraq daripada"Masjid Al-Haram" ( di Mekah di selatanArabia Saudi ) hingga ke "masjid paling jauh"(Masjid al-Aqsa), dan daripada satu batu disana, Nabi Muhammad menaiki Buraq dankemudiannya naik ke langit, ditemankan olehmalaikat Jibril, dan menjelajah langit danmenerima wahyu mewajibkan solat sebelumkembali ke bumi dan berkomunikasi denganorang-orang yang beriman.
3
-Mukasurat 3 -
BULETIN KOHATSA 1/2007 1427/8 HIJRAH
“Imanbukanangan-anganatauperhiasan, tetapiapayang tertancapdidalam hatidandibenarkandenganamalan”“Maksiat bermuladaridosa-dosakecilyang direstuiolehdirisendiritanpasebarangusahamembanterasnya”“Air jugabolehmembacadanmendengar?, SaidinaUmarmenghantar suratkeSungaiNil, Alhamdulillah, air yang hampirkeringsemakinbertambah. Molekulair yang mendengarayatQur’anjauhlebihcantikberbandingmolekulair yang mendengarlagublack metal yang sangatburukkeadaannya”
RUMAH HANDPHONE
ABANG NORDIN 06 9772 740 019 767 1184
NGAH NORTIPAH 019 388 7537
UTEH BAHAR 013 620 2843
UDA ANI 03 5512 7270 019 215 6457
UDA SAFARUDIN 012 331 5041
ANDAK RAZAK 012 610 7993
UTEH MUSTAPHA 03 5511 7282 019 350 2063
ALANG ROSLI 03 5513 0033 019 330 6249
ALANG ARBAYAH 019 330 6241
ANJANG KAMARUDIN +62811853558 013 330 1940
UNCLE AJA GHAZALI 03 5519 5510
PAK AI HAIRUDIN 019 337 5959
PAK MAN AZMAN 06 978 1515 012 5022 770
MAK CIK NOLI 07 4334912 013 744 1646
PAK CIK KAMARUZAMAN 019 773 9630
PAK ITAM HISHAM 012 838 2815
MAK USU HAIRIAH 019 270 0870 013 369 0870
PAK USU SANADI 03 55494471 019 386 8957
AHMAD SHUKRI - ASHOK 03 5512 7270 012 645 4894
AINURUL - ALONG 019 282 6242
KAK UDA
KAMALIA 019 686 4868
MUSTOFFA MUBARAK 019 336 8784
NOR HARLINA - MONA 016 384 0438
KOHATSA I danII Program ke Sabah da
Korban
n 15-18 Disember
KOHATSA I dan II Rombongan ke Utara/Langkawi 24 November
Di Shah Alam Gathering Hari Raya 20 Okt 2007
Ulang tahun 16 arwah abah
Tahun kedua arwah emak
PKU 3, Jln Solok
(10 Ramadhan )
22 Sept 2007
KOHATSA 1 & II Ke Beijing/Tianjin 25 Ogos 2007
Hj Nordin / KOHATSA II Sagil / PKU3 21 Julai 2007
Hj Rosli / Hjh Noraini 9, Jln Badik, S/A 23 JUN 2007
Hari Keluarga Pt Dickson 2 Jun 2007
Hjh Norlida/ Hj Ghazali Jln Solok Tangkak 26 Mei 2007
Hj Hairudin/ Hisham 9, Jln Badik, S/A 21 April 2007
Hjh Nortipah/Hj A.Razak Rumah Ngah 31 Mac 2007
Hj Azman/ Hj Mustapha Rumah Uda 24 Feb 2007
KOHATSA I & II Rombongan Ke
Pantai Timur/Labuan/Sabah
16 – 19 Feb
Jumaat - Isnin
Hj Kamardin / Hjh Hairiah 9, Jln Badik, S/A 20 Jan 2007
Host & Jamuan Tempat Tarikh
Takwim Kohatsa 2007
JADUAL MEETING/ TAKWIM KOHATSA TAHUN 2007
Setiap hari Sabtu jam 9 malam, disarankan Maghrib dan Isya’ berjamaah. Dinner disediakan oleh host. (perubahan ikut tuan rumah)
4
-Mukasurat 4 -
BULETIN KOHATSA 1/2007 1427/8 HIJRAH
PERPUSTAKAAN / PUSAT SUMBER KOHATSA Perpustakaan atau pusat sumber Kohatsa telah disediakan secara kecil-kecilan di mana beberapa buku dan VCD boleh didapatkan untuk dibaca atau ditonton tanpa perlu membeli kalau tidak perlu. Antara bahan yang telah tersedia adalah: 1. VCD The Message 2. VCD Lion of the Desert (Omar Mokhtar) 3. Riwayat Hidup Rasulullah SAW, Habib Ali 4. Dajal telah muncul di Khurasan 5. Beberapa buku Harun Yahaya Jadual pembacaan dan pinjaman akan dibuat bagi memberi peluang setiap keluarga dapat membacadan menonton. InsyaAllah, setiap ketua keluarga akan dihubungi oleh Ashok (Kohatsa II) untuk diberipinjaman selama 2 minggu. Di harap dapatlah setiap keluarga memastikan bahawa bahan-bahan tersebut akan dapat dipelajari oleh seisi keluarga. Buku-buku bacaan tambahan boleh dipesan untuk pinjaman melalui Ashok. Kenangan dan Imbasan Buletin Kohatsa Tahun 2006 Alhamdulillah dengan izin Allah SWT 11 kali Buletin Kohatsa telah diterbitkan sepanjang tahun 2006. Semoga kita dapat manfaat daripadanya dan meneruskannya hingga generasi ke generasi. InsyaAllah . Bil Tarikh Tema / Kandungan 1 April 2006 Untukmu Ayah dan Bondaku / Tanggungjawab Anak Soleh/ solehah ( Sempena Maulidur Rasul 1426 Hijrah) Sebulan bersama Atok Mak di Batu Pahat – Mak Cik Norlida 2 Mei 2006 Wawasan Dunia Akhirat/ Kata Aluan daripada Hjh Nortipah Pengalaman bersama Arwah Atok Abah dengan Pak Long 3 Mei 2006 Buletin Kohatsa diterbitkan oleh Lily Sheeda (KOHATSA II ) 4 Jun 2006 Minit Mesyuarat pertama / Kata Aluan daripada Hj Nordin Md.Top Pengalaman bersama Arwah Atok Abah dengan Mak Ngah 5 Julai 2006 Minit Mesyuarat ke-2 / Diary Arwah Abah / kata Aluan Hjh Nor’ini 6 Ogos 2006 Minit Mesyuarat ke-3/ Diary Arwah Abah/ kata Aluan Hj Rosli 7 8 9 Sept 06 14 Sept 06 Minit Mesyuarat ke-4/ Diary Arwah Abah/ kata Aluan Hj Mustapha Pengalaman bersama Arwah Atok Abah dengan Mak Uda Minit Mesyuarat ke-5/ Diary Arwah Abah/ Peristiwa Menyayat Hati pada 21 Syaaban, pemergian Bonda Tercinta kembali ke Rahmatullah. Semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas Roh bonda 9 7 Okt 06 09 Ramadhan - Ulang tahun ke 15 Allahyarham Hj Md.Top kembali ke Rahmatullah. / Diary Arwah Abah/ Menghargai Malam Lailatul Qadr/ Minit Mesyuarat pertama KOHATSA II dan perancangan program . OKT: Buletin tambahan: Versi Mak Usu mengenang pemergian arwah Atok Mak. OKT: Buletin tambahan juga, versi keluarga Pak Alang mengingati arwah Atok Mak tercinta. 10 November Minit Mesyuarat ke-6/ Diary Arwah Abah/ Pengalaman manis rombongan ke Terengganu ( 4 dalam 1 ) Menghantar pengantin Maizura pertunangan Zubir , mengeratkan silaturahim dan membeli belah paling cepat dalam sejarah ( 30 minit di Pasar Payang) 11 Disember Minit Mesyuarat ke-7/ Pengalaman Manis Rombongan Ke Jakarta/ Kata aluan Hj Abd Razak dan pengalamannya bersama Arwah atok mak dan arwah atok abah..
5
-Mukasurat 5 -
BULETIN KOHATSA 1/2007 1427/8 HIJRAH
Minit Mesyuarat KOHATSA ke 8 Tarikh : 16 Disember 2006 Tempat : Di rumah Hj Rosli No 9 Jalan Badik Seksyen 11, Shah Alam. Masa : 10.25 malam Kehadiran : Hjh Nortipah ( Kehadiran meeting 8/8) Hjh Nor’ini ( Kehadiran meeting 7/8) Hj Rosli ( Kehadiran meeting 7/8) & isteri Hj Mustapha ( Kehadiran meeting 7/ 8) Hjh Norlida ( Kehadiran meeting 7/8) Hishamudin( Kehadiran meeting 3/ 8) Hjh Nor Hairiah ( Kehadiran meeting 6/8) & suami Turut Serta Musthofa Mubarak, Ahmad Syukri & isteri dan Amalina Tidak hadir : Hj Nordin( Kehadiran meeting 6/ 8) Hj Hairudin ( Kehadiran meeting 7/ 8 - anak masuk hospital ) Hj Azman ( Kehadiran meeting 5/8-Pindah ke Labuan 16/12 ) Hj Kamardin ( Kehadiran meeting 5/ 8-lewat sampai dari Jakarta) Hj Abd Razak ( Kehadiran meeting 1/8) Hj Ghazali( Kehadiran meeting 2/ 8) 1.0.Ucapan pengerusi. Terima kasih kepada semua ahli yang hadir, khususnya kepada Mak Uda dan Pak Uda yang baru sampai dari Kota Kinabalu dan kehadiran Ajk KOHATSA II buat kali pertama dalam mesyuarat kita.. Walaupun 6 orang yang tidak hadir, namun mesyuarat ini akan diteruskan juga seata-mata kita harapkan keredhaan Allah SWT. 2.0.Tahniah kepada AJK KOHATSA II yang semakin aktif menjalankan aktiviti anak-anak sepanjang cuti. Terima kasih juga kepada Hj Rosli sekeluarga telah mewakafkan rumahnya dan memanfaatkan rumah wakaf ini untuk menjayakan pelbagai aktiviti keluarga.. 3.0.Norini sahkan. Disokong oleh Hj Mustapha. 4.0 Perkara berbangkit ; 4.1 Lawatan ke Jakarta memang menyeronokkan, suasana macam pergi haji duduk bersama dalam bilik satu bilik lelaki, satu bilik perempuan, Alhamdulillah. Dapat pergi ke Darul Tauhid, Bandung menimba pengalaman baru. Terima kasih kepada Hjh Zainon dan Hj Kamardin dan banyak membantu dan mempermudahkan semua urusan di Jakarta dan Bandung. Program seumpama ini sungguh bermakna untuk mengeratkan silatulrahim. Menyentuh perasaan abang dan isterinya hingga beliau minta buat rombongan lagi. Hj Rosli minta supaya program ini dibuat kertas cadangan dan ada tujuan yang bermanfaat untuk keluarga. InsyaAllah akan berikan komitmen dari segi perbelanjaan seadanya. 4.2 Cadangan buat kalender keluarga. Hairiah uruskan. 4.3 Urusan kutip duit KOHATSA, diamanahkan kepada Zura akan kutip yuran kohatsa I. Kutipan termasuk duit untuk lawatan hadiah dan lain-lain. 4.4 Terima kasih kepada Pn Hjh Arba’yah & KOHATSA II yang telah bantu selaraskan program anak-anak. Dapat menjana pendapatan. Mak Uda kata ada banyak lagi program dlm perancangan. Di antaranya pada 25 – 26 Dec – ada program memasak. 4.5 Ahmad Muazam Mustapha telah dapat tawaran ke Maahad Tahfiz Sains, Kelantan. 4.6 Minta Hjh Arba’yah beri komen untuk perbaiki lagi program akan datang. Beliau mencadangkan agar tambah tenaga pembantu rumah .
6
-Mukasurat 6 -
BULETIN KOHATSA 1/2007 1427/8 HIJRAH
4.7 Website – Hisham. Salsilah keluarga, abang Hj Nordin ada simpan banyak maklumat keluarga. Hisham akan uruskan . Semua input yang diperolehi sila e-mail kepada Hisham_mdTop@yahoo.com 5.0. Cadangan program tahun 2007 6.0 Hj Rosli cadang susunkan program yang teratur untuk rombongan tahun 2007. Dicadangkan lawatan ke Kelantan@ Pulau Tioman, ke Sabah 5 hari . Lawatan ke Beijing/ -minta Shahid Travel & tours uruskan dengan Muslim China 7.0 Ahmad Syukri cadangkan diadakan program pendidikan sebulan sekali. Hj Rosli cadangkan mula pada hari Jumaat hingga Ahad. Libatkan semua generasi ketiga khususnya cucu-cucu Hj Nordin dan Hjh Nortipah. Pencapaian anak-anak dalam program amat memuaskan – Dari penilaian yang dibuat nampaknya mereka amat seronok lebih-lebih lagi dengan adanya tarikan ‘swimming pool’. Buat sesuatu supaya mereka boleh melibatkan diri. 8.0 Pesan berpesan 8.1 Hjh Nortipah – Terima kasih kepada semua pihak yang mempermudahkan program anak-anak. Alhamdulillah mereka seronok, masa terisi dengan aktiviti terancang. Beliau sarankan anak-anak sekolah rendah dimasukkan ke sekolah yang baik/ bagus bagi menjamin masa depan mereka mengutamakan pendidikan al-Qur’an. 8.2 Hj Rosli minta carikan sekolah yang baik untuk Umar Khalid dan beliau sanggup membayar kosnya. Mubarak mencadangkan Umar dimasukkan ke MATRI (bersama Mohd Zul Ikmal). Hjh Norlida jelaskan tidak boleh ke MATRI kerana Umar tak cukup syarat, tapi akan cuba masukkan ke Maahad Tarbiyah Islamiyah di Batu Pahat. 8.3.Hjh Nor’ini, mohon didoakan dapat Hj Mabrur. Minta semua halalkan jika ada terpinjam duit sesiapa. InsyaAllah akan balik 17 Januari. Pesanan beliau agar KOHATSA II harus bersedia untuk memimpin. Datanglah sertai semua program yang dilaksanakan dari masa ke masa. Jika inginkan ganjaran dari Allah, bukan wang yang menjadi matlamatnya tetapi yang lebih penting ialah ilmu, kasih sayang yang dapat menawan kepercayaan supaya yakin pada akhlak Islam. Nak tawan kepercayaan orang, mesti berani, buat seikhlasnya. Jangan berkira dan bersungut. Takut habis amal, jadi sia-sia di sisi Allah. Nak buat amal soleh dan diterima oleh Allah, kita mesti ikhlas. Berterusan/ istiqomah. Beliau cadangkan adakan Training KOHATSA I dan KOHATSA II. Tetapkan tarikhyang sesuai. Siapkan Takwim. 8.4.Hj Safarudin : Bersyukur kepada Allah di atas pilihan-Nya. Mengimbas kembali pengalaman Haji yang lalu- accident. Banyak pengajaran yang Allah berikan agar dapat perbaiki Haji tahun ini. Pesanan beliau agar kita bersedia berkorban seperti Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Berkorban memenuhi ketetapan Allah SWT. Kisah Ismail ini ada banyak yang boleh dijadikan iktibar. Ada banyak Ismail yang boleh dicontohi pengorbanannya, cuba kita nak guna peluang itu atau sebaliknya. Bergantung kepada keikhlasan hati masing-masing. Kita merancang, Allah juga merancang. Allah penentu sebaik-baiknya. Alang-alang merancang, rancanglah strategi bagaimana nak dapatkan Keredhaan-Nya dalam setiap aktiviti yang kita laksanakan. Sepeninggalan beliau menunaikan Haji, Ahmad Syukri diamanahkan jaga rumah dll. Mohon kerjasama semua ahli KOHATSA bimbing, bantu dan tegur apa yang patut.
7
-Mukasurat 7 -
BULETIN KOHATSA 1/2007 1427/8 HIJRAH
8.5.Hj Mustapha; Tahniah krn mengaktifkan aktiviti KOHATSA. Rumah Hj Rosli adalah tempat yg agak selesa utk anak-anak berkumpul. Ini merupakan sumbangan yang amatbaik dan bermakna. Syukur Allah izin keluarga kita ada ramai yang sanggup berkorban menyediakan suasana program Islamik yang terancang. Sayang sekali, yang hadir adalah orang yang sama. Yang selebihnya ( tidak hadir) bagaimana? . Halangan./ rintangan adalah alasan sahaja. Boleh dirancang atasi segala rintangan dan halangan. Pokoknya kalau hati mahu semua boleh jadi. Kalau dibiarkan, mereka akan terus berjauhan dari KOHATSA. Perlu buat sesuatu, kalau boleh ‘Kena paksa’, suatu hari nanti akan menjadi ‘one part of your life’ . Teruskan program yang baik ini sampai bila-bila, libatkan diri mereka yang ‘jauh hati’ , ‘tak minat’ dan sebagainya. Pengalamannya hari ini beliau dating seorang diri kerana semua ahli keluarganya berada di Temerloh kerana Aida Mastura melahirkan anak kedua (anak perempuan ) pada hari khamis lalu, jam 8.32 mlm. Beliau balik seorang semata-mata nak hadiri meeting yang cukup bermakna ini ( Rasa rugi kalau tak hadir, kerana cinta beliau sanggup berkorban). Alhamdulillah Ahmad Muazam diterima masuk ke Tahfiz Sains Tumpat. Sebenarnya di Tanah Merah (dalam binaan/ belum siap). Antara 700 calon diinterview Alhamdulillah ‘Azam terpilih, ini merupakan kurniaan yang amat diharapkan dan rezeki dari Allah. Akan beraya haji di KB. Akhir kata, jangan abaikan rutin baca Qur’an, solat awal waktu, bejemaah di surau bagi yang lelaki . Perkara yang hak perlu diingatkan selalu khususnya pada anak-anak. Inilah sebaik-baik ‘harta’ yg perlu diwariskan pada anak-anak. 8.6.Hj Rosli, mengalu-alukan Uda dan Uda Safar nak pergi Haji. Semoga dapat beribadah sebaik-baiknya. Terima kasih kepada semua yang berikan komitmen beramal jariah dan CINTA memeriahkan rumah ini. Azahari mungkn akan ke asrama. Tinggal anak 2 orang sahaja. Suka lihat anak-anak seronok berada di rumahnya macam adik beradik. Solat bersama, tidur, makan, mandi bersama. Mengimbas kembali kenangan adik beradik semasa kecil. Apa yang telah kita lalui semasa bersama arwah abah dan mak adalah suasana yang amat baik dan perlu diteruskan. Libatkan anak-anak, cucu-cucu yang masih belum hadir lagi… Arwah abah sangat sayang cucu2, anak2 dan sanggup berbelanja lebih utk menawan hati anak-anak. Rujuk surah ar-Rahman; “nikmat yg mana kamu dustakan…? “. Senang itu adalah relative. Wang yg diberi sama2 dimafaatkan utk menikmati nikmat Allah. InsyaAllah akan cuba tunaikan Haji lagi secepat mungkin. Beliau telah bersedia hendak buka anak syarikat yang akan diurus bersama anak-anak saudara yang berminat. Beliau sendiri akan ajar business kpd anak2 saudara yg berminat… Hj Arba’yah akan menulis buku jatuh bangun business keluarga. Beliau sekeluarga akan ke Jakarta pada 18Disember 2006. 8.7.Hjh Norlida amat rasa kehilangan 4 abangnya di bawah Hj Rosli, abang dan andak Mohon twin masing-masing cuba pikat mereka kerana beliau tak larat/ tak mampu contact semua. Harap fahami dan sama-samalah kita saling melengkapi antara satu sama lain. Hasrat dan cita-cita memang banyak, kalau boleh nak buat semua tapi tenaga yang ada amat terbatas, lebih lagi jauh di Batu Pahat. Kalau semua ahli keluarga ada niat baik, rasa cinta dan ikhlas, semuanya akan saling mempermudahkan, bukan menjadi beban. Tahniah kepada Uda dan Uda Safar kerana menjadi tetamu Allah di musim Haji tahun ini. Doakan kami semua akan menyusul pada tahun-tahun akan datang. Minta sama-sama baca artikel ‘Pengorbanan Nabi Ibrahim & Nabi Ibrahim yang berdoa dan sabar
8
-Mukasurat 8 -
BULETIN KOHATSA 1/2007 1427/8 HIJRAH
belajar, bekerja dan berpengalaman memimpin KOHATSA II. Mohon kerjasama ibu bapa mengalakkan anak-anak libatkan diri dalam program KOHATSA. Tanpa galakan ibu bapa sendiri, ada anak-anak yang tidak kenal saudara saudara sendiri, memandangkan KOHATSA adala keluarga besar. Hjh Nor’ini cadangkan adakan lawatan anak-anak ke IPT. dalam mewariskan kesolehah mereka kepada umat Muhammad saw- melalui usaha dan doa yg beterusan.. Pengajarannya Nabi Ibrahim dengan izin Allah telah dirancangkan oleh Allah membuat persiapan – sejak kecil sudah merasai kesusahan, melalui banyak rintangan dan ujian sebaliknya beliau sentiasa redha menerima arahan dan ketetapan dari Allah SWT. Bagi memastikan Andak ikuti meeting dicadangkan kerap buat di rumahnya, di samping memudahkan abang , ngah dan saya di Batu Pahat. Hj Rosli akan support duit minyak dan tol untuk mereka jika meeting dibuat di rumahnya. Perlu planning. Anak-anak perlu diajar, merancang 10-15 tahun akan datang. Buat peta hidup masing-masing agar kehidupan ini lebih bermakna dan mudah-mudahan apa yang diimpikan akan tercapai apabla tiba masanya kelak. InsyaAllah. 8.8.Hishamudin maklumkan beliau sudah berhenti kerja dengan Hj.Azman. Akan ke Dubai kalau ada rezeki dengan temuduga beberapa hari lagi, InsyaAllah. Nak jual rumah RM 200K di Sg Buluh, Isteri dan akan-anak akan hijrah ke Tangkak di belakang rumah ibu mertuanya. Nak selesaikan semua hutang. Siapa nak beli rumah amat-amat sila hubungi beliau. 8.9.Hjh NorHairiah: Cadangan abang adakan Hari keluarga. .Daftarkan penubuhan Kohatsa. Alhamdulillah Izat dah 23 juz. Hasan balik bln 6, 2007, InsyaAllah. 8.10. Musthofa Mubarak: 1st time hadiri mesyuarat dengan KOHATSA I. Beliau minta tahun ini sahaja pegang jawatan pengerusi KOHATSA II kerana beliau masih belajar dan banyak tugas dipegang di UIAM. Tak dapat berikan banyak masa untuk KOHATSA II kecuali waktu cuti semester. Terima kasih S/U KOHATSA II, banyak membantu. Menurutnya ada banyak lagi ahli yang lebih layak untuk dipilih 8.11.Ahmad Syukri.- Program anak-anak perlu diteruskan untuk wujudkan satu team KOHATSA III. Hubungan anak-anak nampaknya lebih rapat dan mesra. Beliau cadangkan dimasukkan pengalaman cucu-cucu dengan arwah atok abah dan atok mak. S/U cadangkan e-mail semua pengalaman yang dah ditaip. Attch file. E-mail yang sampai dahulu akan diterbitkan dahulu. Tak boleh nak ikut urutan. Jangan bagi banyak alasan, siapa yang sayang atok mak dan atok abah, taip dan hantar segera kepada ibu_musthofa@yahoo.com.sg. S/U tidak akan ‘remind’ lagi. Jika ada secebis cinta dan kasih sayang kepada mak dan abah, korbankanlah sedikit masa menaip sendiri atau minta anak taipkan. Apa yang kita lakukan hari ini akan diwarisi oleh anak-anak pada masa akan datang. 9.0 Ucapan penangguhan pengerusi Hjh Nortipah. Doakan emak dan abah. Sedekah al-Fatehah dan saling mendoakan kebaikan semua ahli keluarga. Mesyuarat ditangguhkan jam 12.30 malam.
9
-Mukasurat 9 -
BULETIN KOHATSA 1/2007 1427/8 HIJRAH
VCD musafir Jakarta boleh dilanggan dengan menghubungi Hairiah. RM 30/set PROGRAM MUSAFIR KE JAKARTA
10
-Mukasurat 10 -
BULETIN KOHATSA 1/2007 1427/8 HIJRAH
PROGRAM MUSAFIR
A PENTING
SEPARUH AKHIR TAHUN 2006
Ogos
TERENGGANU 2006 PROGRAM & PERISTIW
Perkahwinan Ainurul dan Syawal
Perkahwinan Amelia dan Syed
September 14hb Sept. Kepulangan ke Rahmatullah Bonda
bt Long
ktober
Hjh Esan Program Tahlil Arwah, berbuka puasa dan qiam bersama di Tangkak dan Shah Alam O
Aidil Fitri bersama Musafir ke
ambang.
Hari Raya Terengganu menghantar pengantin Amelia dan Syed di Kemaman dan ke majlis pertunangan Zubir Amry Ghazali di G November Program anak-anak dan sukan keluarga anjuran Kohatsa II bersamaan dengan mesyuarat
Kohatsa di Jalan Badik Disember 2-5 Dis : Program Musafir Kohatsa ke Jakarta
Anak-anak cuti Sekolah
Mustapha Md
eluarga di Shah Alam
7 Dis: Hj Azman Md Top bersama keluarga
berp
20
m .
Indonesia 2-5 Disember : Programdi Jalan Badik 15 Dis: Kelahiran cucu kedua Hj Top, anak Aida Maizura 16 Dis: Mesyuarat Kohatsa dan program bowling k1indah dan bekerja ke Labuan Dis: Hjh Noraini dan Hj Safaruddin enunaikan Haji ke Mekah untuk kali keduanya
11
-Mukasurat 11 -
BULETIN KOHATSA 1/2007 1427/8 HIJRAH
10 Kebiasaan Manusia Sukses Tanpa
Batas, Dr. Ibrahim Hamid Al-Q’ayyid
1. Berusaha mencapai keunggulan “Sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang lalse u bersegera dalam mengerjakan perbuatan-
perbuatan yang baik.” (Al-Anbiya: 90) 2. Menentukan tujuan “Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamke dalam Islam secara keseluruhannya dan janganlah kamu turuti langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata agimu” (Al-Baqarah:208)
u
b 3. Menyusun prioriti. “Sesungguhnya solat adalah kewajipan yang ditentukan waktunya atas orang-orangeriman“ (An-Nisa: 103) yang
b 4. Membuat rencana. “Siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatanapa saja yang kamu sanggupi“ (Al-Anbiya: 30) 5. Fokus. Rasullullah S.A.W bersabda :- “Sesungguhnya Allah menyukai jika salah seorang
di antara kalian mengerjakan sesuatu perbuatan, lalu dia menyempurnakan” (HR Al Baihaqi) 6. Menjaga waktu. “Demi masa, sesungguhny manusia benar-benar
berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang
yang beriman, mengerjakan amal soleh, saling
m ntaati kebenaran dan saling
menasihati dalam menetapi kesabaran” (Al-Ashr:
1-3)
7. Berjuang melawan diri sendiri.
a enasihati dalam me
“Sesungguhnya orang-orang yang menyatakan,
“Tuhan kami ialah Allah”, kemudian mereka
meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat
akan turun kepada mereka (dengan mengatakan)
”Janganlah kamu merasa takut dan jangan kamu
merasa sedih” (Fushilat : 30)
8. Mampu berkomunikasi secara effektif.
”Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar,
tentulah mereka menjauhkan diri dari
sekelilingmu” (Ali Imran: 159).
9. Berfikiran positif.
”Apabila kamu di hormati dengan satu
penghormatan, maka balaslah penghormatan itu
dengan yang lebih baik atau balaskan (dengan yang
serupa).” (An Nisa: 86)
10. Seimbang.
”Cukup bagi manusia beberapa suapan untuk
menggerakkan tulang rusuknya. Jika tidak dapat,
maka sepertiganya untuk makanannya sepertiganya
untuk minumannya dan sepertiganya untuk
nafasnya.” (Al-Bukhari)
AHAGIA DAN
ah berpendapat
embaca al-Quran
solat yang
ap wara’ terhadap barang
u sedikit
orang
emurah
hadap
adi orang yang bermanafaat
bagi orang lain
rtahajud pada malam
ng yang celaka juga ada
n kata-kata
engan orang-orang yang
angga dan menyombongan
tidak bermanafaat bagi
an
10. Bakhil
11. Takut mati
12. Tidak pernah bersujud kepada Allah
pada waktu ma m yang sunyi.
TANDA-TANDA BCELAKA Sebahagian ahli hikmbahawa tanda-tanda kebahagiaan itu ada dua belas perkara: 1. Zuhud terhadap dunia dan cinta terhadap akhirat 2. Sentiasa berkeinginan melakukan ibadah dan m3. Sedikit berbicara tentang perkara- perkara yang tidak perlu 4. Sentiasa memelihara lima waktu 5. Bersik yang haram maupun subahat, banyak ata6. Bersahabat dengan orang- soleh 7. Bersikap tawadhu’ dan tidak sombong 8. Dermawan dan p9. Bersifat belas kasihan ter makhluk yang dicintai Allah 10. Menj 11. Banyak mengingat mati 12. Sentiasa be hari Tanda-tanda orabelas perkara: 1. Tamak dalam mengumpulkan harta2. Berbuat hanya menurut nafsu sahwatnya 3. Selalu mengucapka kotor dan suka mencaci orang lain 4. Meremehkan solat yang lima waktu 5. Bergaul d suka berbuat dosa 6. Mempunyai budi pekerti yang buruk7. Suka mem kan diri 8. Hidupnya hanya mementingkan diri sendiri d oran lain 9. Sangat sedikit belas kasihannya terhadap orang-orang yang berimla
12 -Mukasurat 12 -
BULETIN KOHATSA 1/2007 1427/8 HIJRAH
13-14 Okt: HR AidilFitri8 Nov: Deepavali19 Dec: HariArafah20 Dec: HR AidilAdha25 Dec: CristmasDan orang-orangyang berimanlelakidanorang-orangyang berimanperempuan, setengahnyamenjadiwalibagiyang lain. Merekamenyuruhdenganmakrufdanmelarangdaripadayang mungkar, lagimerekamendirikansembahyangdanmengeluarkanzakat, sertapatuhmengikutAllah danrasulNya. MerekaituakandiberirahmatolehAllah MahaPerkasalagiMahaBijaksana (At-Taubahayat71)
20 Jan : 1 Muharram 1428H 18/19 Feb: Chinese New Year
31 Mac: Maulod Nabi SAW
1 May: Hari Buruh 2 Jun: ULK SPYD Agong
11 Ogos: Israk Mikraj
31 Ogos: H. Kebangsaan
13 Sept: 1 Ramashan
29 Sept: Nuzul Quran
“Tatkala Sulaiman melihat takhta kerajaan itu tetap di hadapannya, dia berkata:
Inilah kurnia Tuhanku supaya Dia mengujiku, adakah aku berterima kasih, atau
aku kufur? Barangsiapa yang berterima kasih (kepadaNya), maka hanya dia
berterima kasih untuk dirinya sendiri. Barangsiapa yang kufur, maka
sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya lagi Maha Pemurah” An Naml ayat 40
13
-Mukasurat 13 -
BULETIN KOHATSA 1/20071427/8 HIJRAH

Search

Sponsors