• ~Selamat Datang~

    Assalamualaikum,blog ini moga2 dpt diambil pengajaran daripadanya dan amalkan dalam kehidupan seharian..semoga berbahgia di dunia dan di akhirat...Dan moga ukhuwwah di antara semua berpanjangan dan kekal hingga di akhirat nanti...Ameen Ya Rabbal Alamin...

D'ARAB CAFE EXCLUSIVE SEK 7

Posted by Kohatsa: On 1:15 AM 0 comments

Assallamualaikum wr wb..

Dengan nama Allah Rabb yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

aHLAN wA sAHLAN... wa Marhaban..

2 mei 2010.. Pak Ai buka restoran baru di Shah Alam sek 7, belakang Pasaraya Bintang, dekat dengan UITM, kawasan student dan perumahan..

Kami diantara tetamu undangan yang dijemput datang untuk mekan dan meraikan restorn beliau.. TAHNIAH dan didoakan semoga murah rezeki dan mendapat asambutan yang baik dari pelanggan-pelanggan..

Pak Ai tenganmenyiapkan meja pelanggan dan melayani pelanggan yang baru sampai..

Tetamu undangan selesai menjamu selera... terlupa nak amik gambar masa makanan penuh, dah habis baru ingat nak amik gambar... begitulah kita ni, soal makan boleh lupa yang lain... astaghfirrlah...!!

Anyway, datang lah ya, jangan tak datang..

Satu lagi, tolong PROMOTE! PROMOTE! PROMOTE!...
benda baik bagus dipromotekan,
daripergi ajak makan kat hotel 4 atau 5 bintang, ajaklah ke sini.. sek 7 yang baru atau Anjung 7 yang lama.. harap maklum sikit, harga berbeza sikit antara kedua tu.. depends on target market dong!!!

Sekali lagi TAHNIAH dan semoga berjaya dan mendapat sambutan pelanggan yang baik dan rezeki melim[ah ruah untuk terus buat kebajikan dan tambahkan taqwa... AMIN..

Kelas Tafsir KOHATSA

Posted by Kohatsa: On 12:35 AM 0 comments

GAMBAR MALAM HARI KULIAH TAFSIR USTAZ MIFTAH DI RUMAH HJ ROSLI & HJH ARBAYAH (11 April 2010)

Dengan Nama Allah
Rabb Yang Maha Pemurah
Lagi Maha Penyayang...

Assallamualaikum wr wb buatsemua warga Kohatsa yang dirindui...
Salam Rindu dan Kasih sayang..
Masa memisahkan kita, tempat memisahkan kita,namun hati sentiasa merindui waktu bersama kerana bila bersama, kasih sayang kita semaki bersemarak.. dan rasa hati yang berkasih sayang keranaNya hanya Allah dapat berikan pada hamba-hambaNYA yang dikehendakiNYA...

Selawat dan salam kita panjatkan kepada Rasulullah saw, nabi yang dirindui dan menjadi model kehidupan kita seharian dan setiap masa... juga buat ahli bait dan para sahabat ra..

Lama dah blog ini tak diupdate... masa begitu cepat melangkah berbanding langkah-langkah kita..

Hari ini aku sedar
Semalam telah berlalu
Semoga jejak-jejak kebaikan telah dapat kutinggalkan
dalam catatan semalam dan kelmarin
kerana setiap masa merupakan kerugian
kecuali
bagi mereka-mereka yang beriman,
mereka-mereka yang beramal soleh,
mereka-mereka yang saling mengingatkan akan kebenaran
dan mereka-mereka yang mengingatkan akan kesabaran..
Semalam,
Entah bagaimana kutinggalkan...
Semoga amalku diterima Allah sebagai Amal Soleh
atau kalau tidak,
Ku Mohon PengampunanMU Ya Allah...
Dan.. semoga ingatan sesama saudaraku dalam kebenaran dan kesabaran
menjadi buah penawar
dalam menjalani
hari yang di hadapan
dan hari yang di sana.. hari kemudian..

Ya Rabb.. Ya Allah..HANYA padaMU kami Menyembah
Dan HANYA padaMU kami memohon pertolongan...

Gambar ketika kelas ke 4, 25 April 2010, Jalan Badik.
------------------------------------------------------

Kuliah Tafsir oleh Ustaz Miftah telah KOHATSA lalui selama 4 kali, Alhamdulillah dan malam ni, insyaAllah 2 Mei 2010 adalah kuliah ke 5.. sambungan ayat HANYA kepadaMU kami memohon Pertolongan..

Minggu Lepas, kupasan HANYA kepadaMU kami menyembah. Pesanan Ustaz, kalau nak test samada kita ini benar dalam pengakuan ayat tersebut, test masa angkat takbiratul Ihram ketika memulakan solat... ALLAH HU AKBAR...!! di mana hati kita masa tu dan selepasnya.... kalau di tempat lain, maknanya hati kita dah terbang... tangkap hati untuk hadirkannya dalam solat, dan fahami ayat-ayat yang kita baca dalam solat... kahadiran hati dalam solat sama dengan kehadiran hati yang ingat pada Allah dalam setiap masa kita menghembuskan nafas kita.. dalam semua hal.. hadirkan pengawasan Allah.. semoga kita mencapai darjat IHSAN yang merasakan kehadiran Allah setiap masa dan setiap tempat...

Nak tuliskan ilmu ustaz Miftah dalam blog ni, saya tak mampu... terlalu banyak, dan kalau yang hadir nak cerita pada yang tak hadir pun agak sukar, sebab ianya tak sama...

InsyaAllah rekoding telah diusahakan dan ada sebahagian dapat ditangkap dalam video, dan kita akan usahakan untuk tangkap semua dan masukkan dalam CD.. InsyaAllah...

Bagi ahli Kohatsa, semoga Allah memilih kita dan keluarga kita termasuk mereka-mereka yang mendapat rahmatNYA yang dipilih untuk bersedia dan gembira menghadiri majlis ilmu, iaitu menghadiri salah satu taman-taman di taman syurga... dan tiada paksaan untuk menghadirkan diri, kerana kita semua milik Allah dan kehadiran kita juga adalah dengan Rahmat Allah..

Ya Allah, jadikan hati kami cinta pada Ilmu, cinta pada majlis-majlis ilmu, cinta orang-orang yang berilmu, cinta pada orang-orang yang mencari Ilmu, cinta pada hamba-hambaMU yang mencari keredhaanMU... walau di mana dan bila-bila... amin ya Rabbal 'Alamin..

Semoga Tafsir Al Fatihah akan mendekatkan kita lagi dengan Allah swt dalam solat dan amal-amal kita yang lain... InsyaAllah...

COUNTDOWN TO RAMADHAN & UMRAH

Posted by Kohatsa: On 6:11 AM 0 comments

4 APRIL 2010 KELAS PERTAMA TAFSIR AL QURAN OLEH UST MIFTAH UNTUK KOHATSA
TEMPAT: RUMAH HJ KAMARDIN JALAN CHEMENDE, SHAH ALAM

-------------------

MASA JAMUAN Makan Malam tajaan Hj Kamardin:

InsyaAllah... InsyaAllah... InsyaALLAH... nanti kita berjumpa di mekah di 10 akhir bulan Ramadhan dan kita bersama di sana lagi.. makan bersama begini mengingatkan kita ketika Pak Anjang jadi host di Mekah melayani kami untuk bersantap ketika berbuka dengan masakan sup yang enak... KAMI INGIN BERSAMA LAGI... PAK ANJANG SAMA-SAMA ya..

InsyaAllah, InsyaAllah, InsyaALLAH.. semoga Allah terima kita lagi menjadi tetamuNYA di tahun 1431H: Countdown==> 140 hari untuk ke Mekah RAMADHAN YANG DIRINDUI...

AMEEN

SILAT CHEMENDE..

Posted by Kohatsa: On 5:29 AM 0 comments



Gambar tarikh 28 mac, Jalan Chemende
Kohatsa Bual-bual, Makan=Makan...

ASSALLAMUALAIKUM WR WB...

Buat Ahli Kohatsa yang dikasihi sekelian,
Segala Puji bagi Allah Rabb dan Ilah Seluruh Alam
Selawat dan Salam Ke atas Junjungan Mulia Rasulullah saw..

Kesyukuran yang tinggi kita panjatkan pada Allah SWT kerana memberi kita kesempatan masa untuk bersama dan baru-baru ini Kohatsa telah merancang untuk berjumpa 26 Mac 2010, tetapi ramai yang tidak dapat hadir di rumah Hj Rosli.. Yang hadir hanya Mak Long anak beranak... maaf... ada masalah 'komunikasi terpatah'.. communication breakdown.

Allah izin ketidakhadiran diganti oleh perjumpaan di rumah Tn Hj Kamardin yang baru siap renovasi.. Rumah besar 'grand!!', Alhamdulillah... majlis makan-makan dan berbual-bual dihadiri oleh keluarga dari Tangkak.. Makan apa? Makan Nasi Arab D'Arab cafe, Daging kambing baru sembelih disumbangkan oleh Tn Hj Rosli iaitu kabing ladang mertua Ashraf.. MMMmmmm Alhamdulillah sedap.. makan beramai-ramai pulak tu..




Ya Allah... Limpahilah kami dengan RahmatMU yang berkekalan dan masukkan kami dalam golongan mereka-mereka yang berkasih sayang kerana mencari redhaMu, Kami mengharapkan perlindungan di hari di mana tiada perlindungan melainkan perlindungan dariMU... AMIN
-----------------------------------

Pada minggu berikutnya iaitu 4hb April, PROGRAM TAFSIR AL QURAN KOHATSA DIMULAKAN dan ustaz jemputan berterusan adalah Ustaz MIFTAH...

Tafsir dimulakan dengan Surah Al Fatihah.. Semoga majlis ilmu Kohatsa akan meningkatkan ilmu dan iman dan amal kami... Ya Allah, jadikan majlis ilmu kami sentiasa membuka hidayah dan taufiqMu... ampuni dosa-dosa kami dan gantikanlah dosa kami dengan ampunan maaf dariMU... prgram pertama di rumah Hj Kamardin juga... Alhamdulillah.. Dua minggu berturut-turut, keluarga dapat bersama..

MINGGU berikutnya hari AHAD selepas Maghrib 11 April, semua dijemput hadir... marilah hadir ke taman-taman syurga, semoga pertemuan kita memberi peluang kita menambahkan kasih sayang dan menghilangkan kelemahan sesama kita...

Salam Mawaddah wa Rahmah
Mak Usu Hairiah

WE ARE LIKE ONE..

Posted by Kohatsa: On 7:36 PM 0 comments

Thank you Allah...

Jakarta Book Fair menemukan kami empat beradik perempuan, tanda objektif kami sama dan hati kami sama.. Didikan arwah emak dan abah telah menjadikan kami sentiasa bersama dan berkasih sayang dalam mencapai matlamat kehidupan ini. Cara dan wajah kami agak berbeza, tapi kami sebenarnya sama-sama ingin mencapai taqwa kepada Allah dan untuk itu kami sentiasa ingin bersama belajar dan berkongsi pengalaman. Alhamdulillah Allah izin kami sentiasa dapat bersama kerana RahmatNya dan semoga Rahmat ini akan kami juga kecapi di Syurga Allah nanti... Amin ya Rabbal A'lamin.. kepada suami-suami kami, terima kasih kerana sentiasa memberi sokongan kepada kami untuk pelbagai program keluarga...

20 Mac 2010

Islamic Book Fair Jakarta

Posted by Kohatsa: On 7:12 PM 0 comments

Kumpulan pertama ke Ascott untuk Islamic Book Fair Jakarta... Thanks Allah...

KE JAKARTA LAGI... PESTA BUKU SENAYAN

Posted by Kohatsa: On 2:22 AM 0 comments

Kami ke Jakarta lagi... kali ini 12 orang dan kali ini berobjektif ke pesta buku-buku Islam Antarabangsa. Alhamdulillah.. pengalaman bersama yang begitu indah dan seronok..

Search

Sponsors