• ~Selamat Datang~

    Assalamualaikum,blog ini moga2 dpt diambil pengajaran daripadanya dan amalkan dalam kehidupan seharian..semoga berbahgia di dunia dan di akhirat...Dan moga ukhuwwah di antara semua berpanjangan dan kekal hingga di akhirat nanti...Ameen Ya Rabbal Alamin...

SILAT CHEMENDE..

Posted by Kohatsa: On 5:29 AM 0 comments



Gambar tarikh 28 mac, Jalan Chemende
Kohatsa Bual-bual, Makan=Makan...

ASSALLAMUALAIKUM WR WB...

Buat Ahli Kohatsa yang dikasihi sekelian,
Segala Puji bagi Allah Rabb dan Ilah Seluruh Alam
Selawat dan Salam Ke atas Junjungan Mulia Rasulullah saw..

Kesyukuran yang tinggi kita panjatkan pada Allah SWT kerana memberi kita kesempatan masa untuk bersama dan baru-baru ini Kohatsa telah merancang untuk berjumpa 26 Mac 2010, tetapi ramai yang tidak dapat hadir di rumah Hj Rosli.. Yang hadir hanya Mak Long anak beranak... maaf... ada masalah 'komunikasi terpatah'.. communication breakdown.

Allah izin ketidakhadiran diganti oleh perjumpaan di rumah Tn Hj Kamardin yang baru siap renovasi.. Rumah besar 'grand!!', Alhamdulillah... majlis makan-makan dan berbual-bual dihadiri oleh keluarga dari Tangkak.. Makan apa? Makan Nasi Arab D'Arab cafe, Daging kambing baru sembelih disumbangkan oleh Tn Hj Rosli iaitu kabing ladang mertua Ashraf.. MMMmmmm Alhamdulillah sedap.. makan beramai-ramai pulak tu..




Ya Allah... Limpahilah kami dengan RahmatMU yang berkekalan dan masukkan kami dalam golongan mereka-mereka yang berkasih sayang kerana mencari redhaMu, Kami mengharapkan perlindungan di hari di mana tiada perlindungan melainkan perlindungan dariMU... AMIN
-----------------------------------

Pada minggu berikutnya iaitu 4hb April, PROGRAM TAFSIR AL QURAN KOHATSA DIMULAKAN dan ustaz jemputan berterusan adalah Ustaz MIFTAH...

Tafsir dimulakan dengan Surah Al Fatihah.. Semoga majlis ilmu Kohatsa akan meningkatkan ilmu dan iman dan amal kami... Ya Allah, jadikan majlis ilmu kami sentiasa membuka hidayah dan taufiqMu... ampuni dosa-dosa kami dan gantikanlah dosa kami dengan ampunan maaf dariMU... prgram pertama di rumah Hj Kamardin juga... Alhamdulillah.. Dua minggu berturut-turut, keluarga dapat bersama..

MINGGU berikutnya hari AHAD selepas Maghrib 11 April, semua dijemput hadir... marilah hadir ke taman-taman syurga, semoga pertemuan kita memberi peluang kita menambahkan kasih sayang dan menghilangkan kelemahan sesama kita...

Salam Mawaddah wa Rahmah
Mak Usu Hairiah

Categories:

0 Response for the "SILAT CHEMENDE.."

Post a Comment

Search

Sponsors