• ~Selamat Datang~

    Assalamualaikum,blog ini moga2 dpt diambil pengajaran daripadanya dan amalkan dalam kehidupan seharian..semoga berbahgia di dunia dan di akhirat...Dan moga ukhuwwah di antara semua berpanjangan dan kekal hingga di akhirat nanti...Ameen Ya Rabbal Alamin...

Kelas Tafsir KOHATSA

Posted by Kohatsa: On 12:35 AM 0 comments

GAMBAR MALAM HARI KULIAH TAFSIR USTAZ MIFTAH DI RUMAH HJ ROSLI & HJH ARBAYAH (11 April 2010)

Dengan Nama Allah
Rabb Yang Maha Pemurah
Lagi Maha Penyayang...

Assallamualaikum wr wb buatsemua warga Kohatsa yang dirindui...
Salam Rindu dan Kasih sayang..
Masa memisahkan kita, tempat memisahkan kita,namun hati sentiasa merindui waktu bersama kerana bila bersama, kasih sayang kita semaki bersemarak.. dan rasa hati yang berkasih sayang keranaNya hanya Allah dapat berikan pada hamba-hambaNYA yang dikehendakiNYA...

Selawat dan salam kita panjatkan kepada Rasulullah saw, nabi yang dirindui dan menjadi model kehidupan kita seharian dan setiap masa... juga buat ahli bait dan para sahabat ra..

Lama dah blog ini tak diupdate... masa begitu cepat melangkah berbanding langkah-langkah kita..

Hari ini aku sedar
Semalam telah berlalu
Semoga jejak-jejak kebaikan telah dapat kutinggalkan
dalam catatan semalam dan kelmarin
kerana setiap masa merupakan kerugian
kecuali
bagi mereka-mereka yang beriman,
mereka-mereka yang beramal soleh,
mereka-mereka yang saling mengingatkan akan kebenaran
dan mereka-mereka yang mengingatkan akan kesabaran..
Semalam,
Entah bagaimana kutinggalkan...
Semoga amalku diterima Allah sebagai Amal Soleh
atau kalau tidak,
Ku Mohon PengampunanMU Ya Allah...
Dan.. semoga ingatan sesama saudaraku dalam kebenaran dan kesabaran
menjadi buah penawar
dalam menjalani
hari yang di hadapan
dan hari yang di sana.. hari kemudian..

Ya Rabb.. Ya Allah..HANYA padaMU kami Menyembah
Dan HANYA padaMU kami memohon pertolongan...

Gambar ketika kelas ke 4, 25 April 2010, Jalan Badik.
------------------------------------------------------

Kuliah Tafsir oleh Ustaz Miftah telah KOHATSA lalui selama 4 kali, Alhamdulillah dan malam ni, insyaAllah 2 Mei 2010 adalah kuliah ke 5.. sambungan ayat HANYA kepadaMU kami memohon Pertolongan..

Minggu Lepas, kupasan HANYA kepadaMU kami menyembah. Pesanan Ustaz, kalau nak test samada kita ini benar dalam pengakuan ayat tersebut, test masa angkat takbiratul Ihram ketika memulakan solat... ALLAH HU AKBAR...!! di mana hati kita masa tu dan selepasnya.... kalau di tempat lain, maknanya hati kita dah terbang... tangkap hati untuk hadirkannya dalam solat, dan fahami ayat-ayat yang kita baca dalam solat... kahadiran hati dalam solat sama dengan kehadiran hati yang ingat pada Allah dalam setiap masa kita menghembuskan nafas kita.. dalam semua hal.. hadirkan pengawasan Allah.. semoga kita mencapai darjat IHSAN yang merasakan kehadiran Allah setiap masa dan setiap tempat...

Nak tuliskan ilmu ustaz Miftah dalam blog ni, saya tak mampu... terlalu banyak, dan kalau yang hadir nak cerita pada yang tak hadir pun agak sukar, sebab ianya tak sama...

InsyaAllah rekoding telah diusahakan dan ada sebahagian dapat ditangkap dalam video, dan kita akan usahakan untuk tangkap semua dan masukkan dalam CD.. InsyaAllah...

Bagi ahli Kohatsa, semoga Allah memilih kita dan keluarga kita termasuk mereka-mereka yang mendapat rahmatNYA yang dipilih untuk bersedia dan gembira menghadiri majlis ilmu, iaitu menghadiri salah satu taman-taman di taman syurga... dan tiada paksaan untuk menghadirkan diri, kerana kita semua milik Allah dan kehadiran kita juga adalah dengan Rahmat Allah..

Ya Allah, jadikan hati kami cinta pada Ilmu, cinta pada majlis-majlis ilmu, cinta orang-orang yang berilmu, cinta pada orang-orang yang mencari Ilmu, cinta pada hamba-hambaMU yang mencari keredhaanMU... walau di mana dan bila-bila... amin ya Rabbal 'Alamin..

Semoga Tafsir Al Fatihah akan mendekatkan kita lagi dengan Allah swt dalam solat dan amal-amal kita yang lain... InsyaAllah...

Categories:

0 Response for the "Kelas Tafsir KOHATSA"

Post a Comment

Search

Sponsors